Kisah Kopi Dan Gembala Kambing Yang Di Pinggirkan

http://www.renunganhariankristen.net/wp-content/uploads/2012/06/Domba-atau-Kambing.jpg
Kopi Dan Gembala kambing

Satu Billion Cawan Kopi Setiap Hari


Kalau sebut kopi mesti ramai yang sukakan. Aroma dan rasanya pasti memikat ramai. Itulah sebabnya dalam dunia ni secara statistik, ada lebih kurang satu bilion cawan kopi dihidangkan setiap hari. Ramaikan peminat tegar kopi ni...  

Kopi Dan Gembala Kambing


Tapi you all tau tak disebalik kisah populariti kopi, ada sejarah yang dipinggirkan dari rekod dunia. Ianya bermula dengan seorang gembala kambing. Pada suatu hari ada seorang gembala kambing yang dikenali sebagai Khaldi, di Yemen sangat hairan mengapa kambingnya menjadi sangat bertenaga dan resah apabila memakan biji kopi dari sebatang pokok. Beliau memberanikan diri untuk merasai bahan tersebut dengan memanggangnya dan menjadikan serbuk sebelum dicampur dengan air. Ternyata ia memberi rangsangan tenaga yang luar biasa kepadanya. 

http://www.marketwallpapers.com/wallpapers/28/wallpaper-147754.jpg
Kopi Minuman Kegemaran

Kopi Minuman Popular Masyarakat Islam


Aroma kopi ini begitu cepat tersebar dan menjadi minuman yang sangat popular di khalangan umat Islam di Yemen yang terletak di selatan Semenanjung Arab pada ketika itu. Lama-kelamaan, tradisi memanggang biji kopi dan merendamkannya di dalam air telah meresap ke seluruh Empayar Uthmaniah iaitu empayar Islam yang terulung di abad ke-15 Masihi. Serentak dengan itu, kedai-kedai yang khusus menjual minuman kopi telah muncul di beberapa buah bandar utama dalam dunia Islam seperti Kaherah, Istanbul, Damsyik dan Baghdad. 

Kopi Berkembang Ke Eropah


Dari dunia Islam, minuman kopi telah berkembang ke Eropah melalui Venice. Biarpun pada awalnya, kopi dianggap sebagai sebagai "“Minuman Muslim" oleh pihak gereja Katolik, ia kemudiannya telah berkembang dengan pesatnya menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Eropah. Banyak kedai-kedai kopi yang muncul pada era 1600-an. Sehinggalah kini, kopi bukan sahaja terkenal di Eropah dan Asia Barat, tapi ia telah menjadi sebahagian daripada budaya hidup masyarakat dunia. 

Seperti kebanyakan ciptaan-ciptaan cendikiawan Islam yang lain, kisah kopi dan gembala kambing ini juga hampir padam. Namun kita sebagai orang Islam patut berbangga kerana walaupun kisah gembala kambing tersebut telah hampir padam dari sejarah, masih ada penulis yang telah mengiktiraf jasa beliau sebagai salah seorang hero Muslim yang telah melahirkan satu inovasi yang tidak kurang pentingnya dalam sejarah kehidupan manusia hari ini. 


Comments

  1. usih!
    pekat nya kopi tu
    sedap lak napak
    nk p crik kopi la
    cecah ngn biskut keras tu!
    sedap! :)

    ReplyDelete
  2. saya ade satu masalah ngan kopi nie..kalau sekali dah minum memang susah nak berhenti sampaikan pergi kedai dah tak pandang air lain dah..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Assalam
    Subhanallah. Sungguh sejarah ini terpinggir dari pengetahuan kami. Terima kasih ya Puan kerana infokan kisah ini. Bagus perkongsian ini.

    ReplyDelete
  4. Nurul tak bole minum kopi/nescafe kedai mari atau 3in1.. kepala sure berat/pening..

    *pic gembala tu mengingatkan Nurul pada sesuatu..

    ReplyDelete
  5. kita serupalah Nurul bila minum pening arr...

    ReplyDelete
  6. baru aiza tahu sejarah kopi selepas membaca entri ini.. aiza memang tak berani minum, mesti rasa mengantuk selepas minum kopi..

    ReplyDelete
  7. baru aiza tahu sejarah kopi selepas membaca entri ini.. aiza memang tak berani minum, mesti rasa mengantuk selepas minum kopi..

    ReplyDelete
  8. Bagus sejarah ni.. tp syngnya skrng ni pengilang kopi terbesar dunia bukannya dari kalangan saudara seagama kita.. kita menjadi pengguna terbesar shj.. Thanks sharing Raudzah, info yg sgt best.. :)

    ReplyDelete
  9. Suka minum kopi tapi dah lama tak minum.

    ReplyDelete
  10. puteri suka bau aroma kopi..tapi jarang pula minum kopi..hehe :)

    ReplyDelete
  11. naniey kalau minum kopi kepala rasa hanyut je..macam duk atas kapal... pening2..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat