Misteri MH370: Alat Pengesan Sengaja Di "Padamkan" Sebelum Hilang?
Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370
Alat Pengesan MH370 Di "Padamkan"
Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH 370 semakin kusut apabila Alat Pengesan pada pesawat MAS MH370 didakwa DIPADAMKAN sebelum hilang. Situasi itu sekali gus menolak kemungkinan berlakunya kerosakan mekanikal.
Pesawat berkenaan dikatakan telah mengubah haluan selepas memasuki ruang udara Kota Bharu dan terbang pada paras 1,000 meter lebih rendah daripada ketinggian sebelumnya, sebelum menuju ke Selat Melaka. Bagaimanapun, pesawat gagal dikesan menerusi radar apabila alat pengesan atau transponder di dalam pesawat itu didakwa "dipadamkan" menyebabkan ia tidak dapat dikesan menerusi radar. Radar sekunder berinteraksi dengan transponder bagi mendapat maklumat mengenai identiti pesawat, kelajuan dan ketinggian.
Ini adalah gambaran terbaru yang dikeluarkan oleh pihak tentera berdasarkan beberapa maklumat terakhir yang diperolehi mengenai Kehilangan pesawat MAS MH370 (Boeing 777-200ER) yang membawa 239 penumpang tersebut yang dianggap paling misteri dalam sejarah penerbangan. Operasi mencari
pesawat ini dilakukan secara besar-besaran sejak Sabtu namun masih menemui jalan buntu.
P/s: Bila kita terbaca laporan ni, kita dapat rasakan ada sesuatu berlaku diudara. Tambahan pula komunikasi terakhir pilot dengan pihak Vietnam menyatakan "A Lot Of Interference" dalam kapal. Apakah Interference tersebut?
Di fahamkan, Pesawat MAS MH370 ada menghantar sekurang-kurangnya dua data teknikal kepada menara kawalan sebelum hilang. Data tersebut mungkin boleh membantu penyiasat memahami apa yang tidak kena kepada pesawat itu setelah tiada sebarang petanda sejak ia hilang. Jom sama-sama kita berdoa semoga misteri ini segera terungkai dan kesemua anak kapal terselamat.
Pesawat MH370 Hantar Dua Data Teknikal Sebelum Hilang
Di fahamkan, Pesawat MAS MH370 ada menghantar sekurang-kurangnya dua data teknikal kepada menara kawalan sebelum hilang. Data tersebut mungkin boleh membantu penyiasat memahami apa yang tidak kena kepada pesawat itu setelah tiada sebarang petanda sejak ia hilang. Jom sama-sama kita berdoa semoga misteri ini segera terungkai dan kesemua anak kapal terselamat.
Let pray for MH370...
ReplyDeleteHope that everything will sort out soon.
ReplyDeletemoga semuanya berada dlm keadaan selamat.
ReplyDeletekeep on praying... pening dah..macam2 cite dah keluar.. moga Tuhan permudahkan segala urusan menjejaki pesawat ini...
ReplyDeletemakin lama makin tak paham.... semuga Allah tunjukkan kebenaran... semuga kita belajar sesuatu dari peristiwa ni
ReplyDeleteamin.. #prayformh370 nk sgt diorg dpt dijumpai cept..kesian dekt baby dlm tu..huhu..
ReplyDeletemasa mula2 tau berita ni pon mcm dah agak ada yg padamkan kalo x . xmungkin tb2 hilang kan
ReplyDeleteSegalanya terlalu misteri sehinggalah ia ditemui... Doakan yg terbaik.
ReplyDeletehopefully lepas ni semuanya kembali normal :(
ReplyDeletepelbagai spekulasi sekarang ini, semoga allah permudahkan segala urusan untuk menemui MH370
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan segala usaha menyelamat MH370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.
ReplyDeleteinsyaallah dipermudahkan
ReplyDeletekehilangannya penuh dengan misteri yang tidak terungkai.. semoga hasil dari penyiasatan yang dijalankan dapatlah menyelesaikan misteri ini serta menemui jawapannya.. komli dan hanya burung biru yang ada..
ReplyDeleteselagi x jumpa...macam2 akan disiasat...cepat2 la jumpa...
ReplyDeleteYa Allahh... rasa macam tak sabar nak tunggu kebenaran terungkai...
ReplyDeletepray for MH370
ReplyDelete