http://www.jewishjournal.com/images/articles/uf_geller_122206.jpg
Uri Geller

Pesawat MH370: Raja Bomoh Vs Psikik


Kisah Raja Bomoh belum pun lagi reda, kini timbul cerita terbaru tentang Psikik. Menurut Uri Geller, seorang psikik yang terkenal dengan aksi membengkokkan sudu tanpa menggunakan tenaga fizikal, seorang tokoh berpengaruh di Malaysia telah meminta bantuannya untuk menggunakan kepakarannya untuk mengesan Pesawat MH370

Jika Raja Bomoh menggunakan teropong dan tikar ajaib serta Bubu untuk mencari Pesawat MH370, Uri Geller, menggunakan kaedah 'penglihatan jarak jauh' bagi mengenal pasti kedudukan sebenar pesawat MH370.

Pesawat MH370 : Tergantung Vs Terbakar


Setelah mengaplikasikan kuasanya, beliau mendakwa juruterbang pesawat itu lemas akibat kebakaran dalam pesawat. Dan pastinya dakwaan ini bertentangan dengan dakwaan raja bomoh bahawa Pesawat MH370 tergantung diantara tiga negara, dan semua anak kapal masih selamat. 

Hah sudah..dakwaan yang berbeza ni. Yang mana satu betul ni? Ini baru dua orang, lagi ramai lagilah peningkan. Atau mungkin lepas ni Malaysia nak panggil this guy pulak kot untuk "deliberate further". Hmm...