Pesawat MH370 Sah Terhempas Di Selatan Lautan Hindi


 
Pesawat MH370 Terhempas Di Selatan Lautan Hindi.

Pesawat MH370 Sah Terhempas Di Selatan Lautan Hindi


Kehilangan misteri Pesawat MH370 akhirnya terjawab. Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di selatan Lautan Hindi di barat Australia. 

Pengumuman itu dibuat berdasarkan analisis baru, yang dibuat oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) yang berpusat di UK. Pesawat malang MH370 dikesan terbang di sepanjang Koridor Selatan, sebelum berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Dengan pengumuman ini, misi pencarian Kotak Hitam bakal bermula. Semoga Allah mempermudahkan pencarian ini dan misteri yang merungkai kepada kehilangan Pesawat MH370 bakal terjawab.

Takziah kepada semua keluarga yang terlibat. Kepada yang berugama Islam, AlFatihah untuk mereka. Semoga roh mereka tenang disana. 

Comments

  1. Mmg berita yg menyedihkan... semoga keluarga mangsa semua ttp tabah.. Takziah & Al Fatihah... aamiin..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar... meremang bulu roma dapat tahu kata MH370 disahkan terhempas kat Selatan Lautan Hindi tu... tak tahu nak respond macamana... semua ni di bawah kuasa dan takdir Allah swt. Takziah kepada ahli keluarga yang terlibat... AlFatihah...

    ReplyDelete
  3. Allah lebih mengetahui...takziah dan al Fatihah...

    ReplyDelete
  4. Innalillah.. Ketentuan Allah

    http://portberita.blogspot.com/
    Portal blog berita eksklusif yang terkini di Malaysia

    http://ceritakaw.blogspot.com/
    Portal blog cerita lawak, seram, pelik, tips dan informasi yang memang kaw

    http://fishyummies.blogspot.com/
    Only the special grill, bake and steam fish recipes of the world with fun fish facts

    http://gadgeturtle.blogspot.com/
    Portal blog berita gadget dan teknologi terkini

    ReplyDelete
  5. Al,fatihah kepada yg muslim yg terkorban didalam pesawat mh370.semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan org2 beriman oleh allah swt..aminnnnnnn..setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya.kita hanya mampu merancang,tapi yg menentukan segalanya hanyalah allah swt..kepada yg non muslim takziah

    ReplyDelete
  6. Takziah kepada keluarga mangsa MH370. Ya, misi seterusnya mencari kotak hitam.

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...

    sedih mendengar berita nie.. al-fatihah buat keluarga mangsa.. moga2 Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

    mselim3

    ReplyDelete
  8. al-fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa

    ReplyDelete
  9. takziah diucapkan.. dari llah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali..

    ReplyDelete
  10. aiza menabung inti,komli,colgate.. :D

    ReplyDelete
  11. Macamanalah sedihnya perasaan ahli keluarga mereka masa dengar berita ni agaknya...kan Raudzah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat