Siapa Individu Misteri Dalam Pesawat MAS MH370 ?

http://e-tiketpesawat.com/wp-content/uploads/2011/04/malaysia-airlines.jpg
Pesawat MAS MH370

Individu Misteri Dalam Pesawat MAS MH370            


Dua individu misteri disyaki menaiki Pesawat MAS MH370 yang hilang. Individu pertama menggunakan identiti warga Itali, Luigi Maraldi manakala yang kedua menggunakan identiti warga Austria, Christan Kozel.

Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan yang selamat dan tidak menaiki pesawat yang dikatakan hilang. Kedua-dua mereka turut mengesahkan bahawa passport mereka telah dicuri sewaktu bercuti di Thailand. Luigi mengesahkan passportnya telah dicuri pada Ogos tahun lalu, manakala  Christan Kozel mengesahkan passportnya hilang kira-kira dua tahun yang lalu.

Jadi persoalannya siapakah dua individu misteri yang menaiki pesawat MAS MH370?

Kesan tumpahan minyak yang dijumpai di kawasan 100 batu nautika dari pantai Tok Bali, Kota Baru, Kelantan yang disyaki milik pesawat MH370 

Tumpahan Minyak Di Kesan Di Luar Pantai Vietnam


Dalam perkembangan yang lain, Jabatan Penerbangan Awam Vietnam melaporkan bahawa mereka telah mengesan dua tumpahan minyak yang besar sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam. Tumpahan itu kelihatan seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas. Ianya dipercayai milik pesawat MAS, MH370 yang hilang.

Pesawat MAS MH370 Berpatah Balik


Pihak berkuasa juga turut mengesahkan pesawat MH370 yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China telah berpatah balik.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud ketika mengesahkan perkara itu berkata, kemungkinan besar pesawat tersebut ingin berpatah balik ke KLIA. Katanya, tindakan juruterbang berpatah balik itu dikesan selepas pihak berkuasa meneliti semula rakaman yang diambil dari radar tentera.

Juruterbang kebiasaannya akan memaklumkan kepada menara kawalan sebelum membuat tindakan sedemikian. Namun dalam kes ini, tiada sebarang komunikasi atau isyarat dari MH370 kepada menara kawalan," katanya pada sidang akhbar sebentar tadi

Comments

  1. teruknya kawalan keselamatan di KLIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe Kie... nampak sangat manusia ni boleh merancang pelbagai benda itu dan ini, hebat pelbagai... tapi tu lah... Perancangan Allah Maha Hebat... Bila merancang yang tak bersandar kepada kuasa Allah... memang terhantuk teruk... (based on pengalaman diri bila rasa macam hebat sangat...)

      Delete
  2. emm,hopefully cepat2 la slesai misteri mh370 ni..huhu..xbley dduk diam slagi xslesai..

    ReplyDelete
  3. Allah... sedihnya dengan kejadian dan misteri kejadian ni... macam-macam... kita baru cerita bersyukur dengan negara kita yang aman dan bangga dengan negara kita... Allah uji pulak dengan insiden macam ni

    ReplyDelete
  4. Semoga segala urusan dipermudahkan..aamiin

    ReplyDelete
  5. Hanya Allah jua yg mengetahui... wallahualam...

    ReplyDelete
  6. Allah saja yg mengetahui nya... agar pesawat cepat ditemui

    ReplyDelete
  7. Ya Tuhanku selamatkan mereka ini semua. mudahkan urusan mereka hendaknya.

    ReplyDelete
  8. educaton British Council empat hari di sana yer

    ReplyDelete
  9. mcm2 spekulasi yg keluar skrg ni.. hmm

    ReplyDelete
  10. pelbagai kemungkinan yang berlaku.. kita doakan semoga semuaya selamat..

    ReplyDelete
  11. Jangan berhenti berharap dan teruskan berdoa agar pesawat Malaysia Airlines MH370 berjaya ditemui.

    ReplyDelete
  12. doakan yg terbaik je buat mereka

    ReplyDelete
  13. spekulasi buat kita pening... adoiiii...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat