Motivasi Pagi : Kisah Kebaikan
Berbuat Baik Sekalipun Manusia Tidak Mengenali Kita
Motivasi Pagi : Kisah Kebaikan
Cerita pilihan Blog Santai untuk slot Motivasi Pagi hari ni adalah tentang kebaikan. Bila kita sebut tentang kebaikan banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk diri kita, keluarga dan juga rakan-rakan kita. Dari sebesar-besar kebaikan sehinggalah sekecil-kecil kebaikan, samada yang nyata mahupun tersembunyi.
Cuma kadang-kadang kita sebagai manusia terlalu berkira untuk membuat kebaikan. Dan yang lebih parah, ada yang memilih tempat dan juga kepada siapa untuk melakukan kebaikan. Kalau tidak dilihat orang, kita memilih untuk tidak melakukannya. Begitu juga jika kita tiada kepentingan dengan orang yang ingin dibantu, maka kita memilih untuk tidak melakukannya.
Ganjaran Kebaikan
Namun kita lupa, setiap kebaikan jika ianya dilakukan kerana Allah pasti ada ganjaran yang menanti. Itu adalah janji Allah.
Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa Allah SWT telah menetapkan ganjaran kebaikan di mana sebarang niat untuk melakukan kebaikan akan diberi satu pahala sekalipun belum dilakukan lagi dan jika ia melaksanakan niat tersebut maka Allah SWT akan menggandakan pahala baginya. Oleh itu amal kebaikan bukan sahaja akan bermanfaat pada diri sendiri, bahkan akan membawa kesejahteraan kepada masyarakat.
Jadi jangan pernah takut/berat untuk berbuat kebaikan, sekalipun manusia tidak menghargainya atau mengenali kita. Cukuplah jika Allah tau niat kita dan menerima setiap kebaikan yang kita lakukan. Itulah yang terbaik.
betul tu Raudzah...selamat berhujung minggu
ReplyDeleteinsyaallah...terima kasih salam sabtu
ReplyDeletekebaikkan tu dibalas denga ganjaran yang setimpal...so tak rugi kita buat kebaikkan..
ReplyDeletebuat baik mmg senang dapat pahala.. niat pun dah dpt pahala...
ReplyDeleteBetul tu.. buat baik dibalas baik.. di dunia & di akhirat.. in shaa Allah...
ReplyDeletesetiap perbuatan ade balasan =)
ReplyDeletehee jgn luper folo iman blik yer. . iman budak baru bljaa =D
selamat berhujung minggu sis..
ReplyDeletesetiap kebaikkan itu pasti ad ganjaranya..walaupun kekadang tu diri banyak lakukan kesalahan..
ReplyDeletesaya setuju kak..allah akan membalas setiap kebaikan yg kita buat..
ReplyDeletemudahnya islam.. niat nk buat baik je dah dicatat amalan..
ReplyDeletesinggah menabung sini.. :)
Nk buat baik sgt mudah... Kongsikan perkataan yg baik itu pun dh memadai...
ReplyDeleteGanjaran Allah tidak terlihat didepan mata...Jika terlihat pasti semua orang berlumba2 melakukan kebaikan.
ReplyDeletemari kita sama2 perbanyakkan buat kebaikan...
ReplyDelete