Terkini: Siapa Bakal Perintah Terengganu?

Ahmad Razif angkat sumpah, sah MB Terengganu
Datuk Ahmad Razif Mengangkat Sumpah Sebagai MB Terengganu

Ahmad Said Letak Jawatan MB


Info Serius pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua pagi ini adalah kemelut politik yang berlaku di Terengganu. Isu ini telah menjadi isu yang paling panas pada ketika ini kerana ianya bukan hanya sekadar perletakan jawatan oleh Datuk Seri Ahmad Said sebagai MB Terengganu serta perlantikan Datuk Ahmad Razif sebagai MB yang baru, tapi persoalan yang lebih besar, siapa bakal perintah Terengganu?

Ahmad Said 
Datuk Seri Ahmad Said Meletak jawatan Dan Keluar UMNO

Ahmad Said Keluar UMNO


Ini berikutan, Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib dan juga Adun Bukit Besi, Roslee Daud telah mengistiharkan keluar daripada UMNO dan menjadi ADUN Bebas. Dengan pengisytiharan ini bermakna kedudukan kerusi Dewan Undangan Terengganu  kini adalah seperti berikut:

Barisan Nasional menguasai (14 kerusi) dan Pakatan Rakyat menguasai (15 kerusi) daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi. Baki tiga lagi adalah calon bebas. 

Jika keadaan di atas kekal, (tanpa mana-mana calun bebas menyatakan sokongan kepada mana-mana parti, ini bermakna PR kini menguasai Terengganu dengan kelebihan kerusi yang ada)  Atau apakah keadaan ini bakal menyebabkan pembubaran dewan Undangan Terengganu dan PRK baru akan diadakan untuk memilih kerajaan baru?

p/s: Doakan yang terbaik untuk orang Terengganu. Semoga Kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik. Cuma apa-apa keputusan yang dibuat, ianya haruslah konsisten. Sama dengan tindakan yang dilakukan di Perak sebelum ini. Kalau tak credibility kerajaan yang memerintah pasti dipersoalkan.

1. Pilihan Blogger Malaysia
2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia  
6. Pilihan Terbaik Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Comments

  1. mcm2 pulk keadaan politik di trengganu..

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya berjalan dgn baik ...

    ReplyDelete
  3. semoga semuanya berjalan dengan lancar and baik.

    hmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  4. Terengganu dah lantik MB Baru...

    ReplyDelete
  5. takde angin, takde ribut tetiba politik terengganu mengalami kemelut macam nie...harap orang terengganu tenang menghadapi keadaan..menabung fourfeetnine kat sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. saya org terengganu sis....tp terkejut semua ni berlaku....ermmm....sshkan bila x setia bagi memperjuangkan nasib rakyat....akhirnya rakyat juga yg terima akibatnya...

    ReplyDelete
  7. semoga saja nanti yang terpilih, bisa menjadi pemimpin yang amanah ya kak dan pro rakyat ;)

    ReplyDelete
  8. terkejut juga dengar berita ni..adeh :(

    ReplyDelete
  9. Semoga Terengganu dipimpin oleh yg selayaknya... aamiin.

    ReplyDelete
  10. Apa kes sebenarnya? Tiba-tiba pohon bergoyang...pasti ada monyet yg goncang!

    ReplyDelete
  11. Moga Allah pelihara negeri Terengganu..

    ReplyDelete
  12. semoga negeri terengganu aman...amin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat