Unta Bercakap Kerana Selawat Nabi
Unta Bercakap Kerana Selawat Nabi
Unta Bercakap Kerana Selawat Nabi
Renungan pagi pilhan Blog Santai adalah kisah unta yang bercakap kerana kebesaran selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Kisah yang berlaku di zaman Rasulullah SAW ini, bermula apabila seorang Yahudi menuduh seorang lelaki Muslim mencuri seekor unta. Tuduhan itu dibenarkan oleh empat orang saksi dari orang-orang munafik. Maka Nabi SAW pun memutuskan unta itu menjadi milik Yahudi dan lelaki Muslim harus dipotong tangannya.
Lelaki Muslim itu kebingungan lalu diangkatnya kepalanya kelangit seraya berkata, "Ya Tuhanku dan jungjungan ku, Engkau maha mengetahui bahawa aku tidak mencuri unta ini."
Kemudian dia berkata lagi, "Ya Rasulullah, keputusanmu adalah benar. Tapi bertanyalah kepada unta ini mengenai aku."
Bersabdalah Nabi Muhammad SAW kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini?" Maka berkatalah unta dengan kata-kata yang fasih, "Ya Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan saksi-saksi itu telah berbohong".
Bersabdalah Nabi Muhammad SAW, "Hai hamba Allah, ceritalah kepada kuapa sahaja yang engkau kerjakan sehingga Allah SWT membuat unta ini dapat berbicara mengenai engkau?"
Lelaki itu menjawab, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku tidak pernah tidur pada malam hari kecuali sebelumnya aku membaca selawat kepadamu sepuluh kali."
Nabi Muhammad SAW bersabda, "Engkau selamat dari potong tangan di dunia dan engkau pun selamat dari azab akhirat kelak di kemudian hari berkat selawatmu kepada ku."
Google+
Kebesaran Selawat Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW
Jom Semua. Perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua akan memperolehi syafaat darinya.
Google+
salam. subhanallah ..salam jumaat sis
ReplyDeletep/s menabung lenovo :)
allahuakbar..subhanallah...pentignya berselawat keats nabi
ReplyDeletesubhannallah
ReplyDeletejadikan selawat sebagai bacaan lazim selepas solat ...
ReplyDeleteSubahanallah...menarik kisah ini kak.. :D
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
terima kasih atas perkongsian raudzah...whisper lagi :)
ReplyDeletethanks info...insyaallah akan dilaksanakan..
ReplyDeleteMaha Besar Allah...salam jumaat sis..
ReplyDeleteSubhanallah...
ReplyDeleteSubhanallah..Allahuakbar...
ReplyDeleteperkongsian yg menarik.. banyak fadhilat berselawat ni..
ReplyDeleteشركة نقل اثاث ببريدة
ReplyDeleteشركة نقل اثاث بالقصيم
شركة نقل اثاث بحفر الباطن
شركة نقل اثاث بجازان
شركة نقل عفش بجازان
نقل عفش بجازان
شركات نقل عفش بجازان
نقل العفش بجازان
نقل اثاث بجازان