Calon Penghuni Syurga

Calon Penghuni Syurga 
Calon Penghuni Syurga

Calon Penghuni Syurga


Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah calon penghuni syurga. Pada suatu malam selepas solat isyak, Nabi Muhammad S.A.W telah memperkenalkan kepada sejumlah sahabat seorang lelaki penduduk asal kota Madinah yang merupakan calon penghuni syurga. Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisir rapi.

Kata-kata Rasulullah S.A.W telah menarik perhatian sahabat. Mereka tertanya-tanya apakah keistimewaan lelaki tersebut sehingga belum lagi meninggal dunia, dia telah dipastikan akan masuk syurga. Setau mereka lelaki tersebut bukanlah seorang yang alim. Malah ibadahnya biasa sahaja. Tidak ada keistimewaan pada dirinya.

Atas rasa ingin tau, Abdullah bin Umar Al Khatab r.a telah bertekad untuk bermalam dirumah pemuda tersebut untuk menyaksikan sendiri ibadah apakah yang dilakukan oleh beliau sehingga menjadikan beliau salah seorang calon penghuni syurga. Namun beliau hampa kerana setelah tiga malam berada dirumah pemuda tersebut tiada ibadah istimewa yang dilakukan oleh pemuda tersebut.

Setelah gagal mendapatkan jawapan, Abdullah bin Umar Al Khatab r.a membuat keputusan untuk bertanyakan terus kepada pemuda tersebut amalan yang beliau lakukan yang menjanjikan syurga untuknya.

Bersihkan Hati untuk Ke Syurga


Pemuda tersebut mengakui tiada ibadah intimewa yang dilakukan namun beliau mengakui tidak pernah merasa irihati terhadap sesiapa pun sepanjang hayatnya. Setelah mendengar pengakuan itu barulah Abdullah bin Umar Al Khatab r.a sedar bahawa beliau berhadapan dengan seorang pemuda yang tulus ikhlas. Di dalam hatinya tiada satu pun zarah dengki atau irihati.

kesimpulannya janganlah kita irihati terhadap sesiapa pun. Jika kita telah terumpat atau mengeji seseorang, segeralah meminta maaf kerana Allah S.W.T tidak akan mengampunkan dosa antara manusia dengan manusia.

1. Wajah Baru Mulai 14 Jun 2014

Comments

  1. terima kasih atas perkongsian dan peringatan..

    ReplyDelete
  2. peringatan yg baik..

    ReplyDelete
  3. bukan senang nak maafkan orang...

    ReplyDelete
  4. Insya Allah harap itu juga yang ada pada kita semua

    ReplyDelete
  5. Subhanallah... mudah2an.. aamiin...

    ReplyDelete
  6. Aduhai.. Sdg usaha ke arah itu juga...

    ReplyDelete
  7. SubhanALLAH... senang betul dia jadi calon penghuni syurga... tiada hasad.... aduhai... Sha penuh dengan hasad & iri hati dengan orang lain.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat