Skip to main content

Hati Yang Di Kawal Syaitan

Syaitan Kuasai Diri Kerana Makanan Haram

Hati Yang Di Kawal Syaitan


Renungan pagi pilihan Blog Santai adalah kisah hati yang dikawal syaitan. Kita pasti ramai yang selalu dengar pesanan dari para ulama bahawa apa jua makanan haram yang masuk ke dalam perut kita akan memberikan kesan terhadap kejernihan hati. 

Sedikit demi sedikit ia akan menyebabkan hati kita menjadi kelam dan akhirnya hitam semuanya. Apabila hati kita kelam dan gelap, maka tiada lagi cahaya dalam hidup kita. Kita engkar pada perintah Allah dan nilai kemanusiaan akan hilang sedikit demi sedikit. Tindakan kita juga akan dikawal oleh hawa nafsu serta telunjuk syaitan. 

Kesan Makanan Haram Kepada Hati


Sebab itu ramai yang berpendapat apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang adalah kesan daripada apa yang kita makan. Maksiat yang berleluasa serta kadar jenayah yang tinggi berlaku apabila nilai kemanusiaan sudah tiada dalam hati kita. Syaitan telah menguasai hati dan diri kita. Ngerikan..

So jangan pandang remeh terhadap apa yang kita makan kerana ianya akan menjadi darah daging kita selamanya. Pastikan sumber makanan kita adalah dari sumber yang Halal supaya syaitan tidak boleh mendekati dan menguasai diri kita serta doa-doa kita akan dimakbul Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ada seorang yang kusut masai, berdebu dan sentiasa dalam musafir. Namun keadaan makanannya haram, pakaiannya haram dan dibesarkan dengan yang haram. Lalu dia mengangkat tangannya sambil berdoa: ‘Ya Tuhanku, ya Tuhanku’. Maka bagaimana orang yang sedemikian itu akan dapat dimakbulkan doanya.” (Riwayat Muslim)

Comments

  1. setuju...biarlah bersumberkan yang halal...agar hati terpelihara...

    ReplyDelete
  2. Main langgar je halal haram orang sekarang, makan Dari sumber yang halal, jiwa dan hati pasti lembut, mudah buat amal kebaikan..

    ReplyDelete
  3. oleh itu jauhilah makanan yang bersumberkan haram sebab ia akan mempengaruhi tingkahlaku, hati dan kehidupan kita..

    ReplyDelete
  4. itu semua nak bukti kukuh kalau nak tahu halal or haram.wahualam heee

    ReplyDelete
  5. Sebenarnye ada contoh dari kisah zaman Nabi yang mana halal haram amat dititikberatkan. Real story saya x berapa igt..sape ingat please share ye. If not mistaken, dia dapat daging kambing dari orang. Die tanye asal usul kambing tu sampailah die dapat tau actually kambing tu terbiar dan dibiarkan makan tanaman n rrumput org lain without permission . So, kire haramlah kan?

    ReplyDelete
  6. tiger balm promoted content untuk sis ;)

    ReplyDelete
  7. Kita macamana, ada ke pikir sampai tahap macam tu. Some of u may think this is funny..who care, right? But I feel responsible to share what is right eventhough saya pun not that good :)

    ReplyDelete
  8. makanan itu kekal menjadi darah daging kita.....Thanks sis for sharing..:DD

    promote content for u..:DDD

    ReplyDelete
  9. Betul tu... sentiasalah menjaga makanan kita bukan shj ramuannya, malah sumber hasil yg diperolehi utk membelinya.. t kasih atas peringatan Raudzah.

    ReplyDelete
  10. Ya Allah....takutnya doa tak dimakbulkan ...
    Moga Allah memelihara kita semua dpd makanan yg haram ....

    ReplyDelete
  11. Betul tu sis... kesannya berpanjangan... senantiasa beringat setiap apa yang kita makan dan berikan kepada anak2 kita makan...

    ReplyDelete
  12. Halal haram.. Hmm... Renung balik lah duit kita tu halal ke tak kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat