Kisah Anak Derhaka

 
 Ibu Malang Yang Di Siksa Anak Derhaka

Kisah Anak Derhaka


info serius pilihan Blog Santai adalah kisah anak derhaka yang berlaku di China. Bayangkan seorang ibu warga emas yang berusia 90 tahun dikurung dan dibiarkan supaya mati kebuluran oleh anak-anaknya sendiri. Sedihkan..

Wanita malang ini disiksa oleh anak-anaknya sejak beliau jatuh sakit. Untuk memastikan ibu tua tersebut tidak lagi menyusahkan anak-anaknya, beliau dikunci di dalam sebuah bilik dan dibiarkan tanpa sebarang makanan dengan harapan ibu tua tersebut akan mati kelaparan. Oh no zalimnya..

Namun, Ibu malang tersebut bernasib baik kerana ada jiran yang perihatin. Dia masih mampu bertahan hasil ihsan minuman dan bubur yang dicampakkan oleh jirannya melalui tingkap ketika anaknya tiada di rumah. Kisah ibu malang ini akhirnya terbongkar apabila kisah dan gambarnya dalam keadaan yang amat menyedihkan di upload di internet. Anak-anaknya kini berhadapan dengan dakwaan membunuh dengan niat..

Ciuman Seorang Ibu

Semoga kita semua bukan salah seorang daripada anak derhaka.. Sayangi ibu kerana mereka adalah syurga kita.

1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan
2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia  
6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya

Comments

  1. subhnallah...sanggupnya buat ibu mereka macam tu.... moga dapat hukuman yang setimpal..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedihnya.. kenapa la tergamak buat macam tue kat ibu sendiri.. :(

    ReplyDelete
  3. masyaallah...
    sanggup depa buat mcm tu kan...
    tak der perasaan langsung...
    nice blog baru nie..

    ReplyDelete
  4. ya allah kejamnya..
    berapa mulianya jiran tu..
    tapi knapa x wat report klau dah tahu..
    tapi slalunya sbab china ni negara bsar..
    benda2 mcm ni selagi x kecoh slagitu la..x de tindakan..
    mcm kes bdak dlu yg kena langgar >P

    ReplyDelete
  5. Astagfirullah... sanggup dia buat mcm tu kat ibu sendiri... mmg kejam...

    ReplyDelete
  6. Ya Allah....smpai ati dieorg wt cmtuu

    ReplyDelete
  7. sedihnyaaa...... waaaa teringat kat makkkkkkk...

    ReplyDelete
  8. Astaghfirullah. Kalah binatang dengan perangai dorang. Kejamnya. Kesian ibu T^T

    ReplyDelete
  9. Astaghfirullah. Nape jiran tu x report awal lagi?

    ReplyDelete
  10. Masya-Allah... apalah yg ada pada hati anak-anaknya itu.
    Apa jugalah didikan yg tersilap hingga tergamak si anak buat macam itu sekali.

    ReplyDelete
  11. teruknya..kalau tak mampu jaga kenapa tak hantar je kat rumah orang tua-tua

    ReplyDelete
  12. adoi..... sekalipun kekadang terasa jengkel dengan sikap mama, tak sanggup aih nak buat cenggini..... kejam sangat !

    ReplyDelete
  13. salam. sedihnya :( kenapa perlu buat ibu sendiri macam ni??

    ReplyDelete
  14. apa yg kita buat pada ibu kita har ini , itulah yg akan anak2 kita buat pada kita di kemudian hari ...

    ReplyDelete
  15. smoga kita semua terhindar dari termasok dalam golongan anak durhaka tu..

    ReplyDelete
  16. Mohon dijauhkan jadi anak derhaka....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat