
Kisah Sengsara Pemuda Dari Kubur
Kisah Sedekah & Pemuda Dari Kubur
Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah mengenai kisah seorang pemuda yang keluar dari Kubur tentang kehebatan sedekah dan doa.
Pada satu malam, Tsabit Al Banani bermimpi melihat seorang pemuda keluar dari kuburnya dalam keadaan berserabut. Wajahnya pucat lesi, kurus dan gelisah. Dia berjalan dengan tangan kosong sambil airmatanya mengalir. Sedangkan semua ahli kubur yang lain memakai pakaian putih bersih serta membawa makanan beraneka macam.
Tsabit bertanyakan pemuda tersebut mengapa keadaannya demikian. Lalu pemuda itu berkata bahawa tidak ada seorang pun di dunia yang mahu mendoakan dan bersedekah untuknya. Sedangkan ahli-ahli kubur yang lain mempunyai keluarga yang sering berdoa serta bersedekah untuk mereka pada setiap malam Jumaat.
Ibunya masih hidup, tetapi setelah berkahwin lagi dia lupa untuk berdoa dan bersedekah untuknya. Tsabit pun bertanya mengenai ibunya dan berjanji akan menceritakan keadaan pemuda itu kepada ibunya.
Pemuda itu berkata, " bagi tau ibu, di dalam bajuku ada wang seratus misqal. Wang itu milik ku pemberian dari ayah"
Setelah terjaga, Al banani terus mencari ibu pemuda tersebut dan menceritakan kisah anaknya. Ibu tersebut jatuh pengsan mendengar kesusahan sianak. Apabila tersedar beliau memberikan wang sebanyak 100 misqal kepada Al Banani untuk disedekahkan dengan diniatkan pahalanya untuk arwah anaknya.
Setelah itu sekali lagi Al banani bermimpi berjumpa pemuda tersebut. Namun kali ini berbeza. Wajahnya berseri-seri penuh kegembiraan. Kata pemuda tersebut, "Wahai Imam Muslimin, mudah-mudahan Allah mengasihi engkau sebagaimana engkau mangasihi aku"
Jom sama-sama kita perbanyakkan doa dan sedekah buat mereka yang telah tiada. Semoga roh-roh mereka tenang dan gembira disana.
bukan susah kan... insyaAllah
ReplyDeleteallahuakbar macamana keaadaan kita di sana nanti..
ReplyDeleteinsyallah..
ReplyDeletedatang mengisi tabung
ReplyDeletesama-samalah kita perbanyakkan doa untuk mereka yang telah pergi...mudah-mudahan tenang di sana
ReplyDeleteMaha Besar Allah..
ReplyDeleteterima kasih kerana mengingatkan saya kak..Alhamdulillah setakat ini saya masih tidak lupa untuk bersedekahkan Al-Fatihah kepada kedua arwah orang tua saya...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
thanks for reminder kak :)
ReplyDeletehanya doa yg dpt membahagiakan mereka di akhirat.. :)
ReplyDeleteAl Fatihah... aamiin...
ReplyDeleteKeberkatan sedekah... Jom bykkan lagi bersedekah...
ReplyDeleteWaaahhh.. Hebatnya ganjaran Allah bagi mereka yang bersedekah.
ReplyDeleteSo, mari sama2 kita meninfakkan harta kita ke jalan Allah.
http://drshikinzainal.blogspot.com
شركة تنظيف الاثاث بالرياض
ReplyDeleteشركة تنظيف شقق بالرياض
شركة تنظيف موكيت بالرياض
شركة تنظيف مجالس بالرياض
شركة تنظيف منازل بالرياض
شركة تنظيف ستائر بالرياض
شركة تنظيف فلل بالرياض
شركة جلي بلاط بالرياض