Sistem Baru Petrol Hanya Untuk Orang Kaya?
Sistem Baru Petrol Hanya Untuk Orang Kaya?
Info menarik pilihan Blog Santai adalah mengenai Sistem Baru Petrol yang mungkin memberikan sedikit impak kepada golongan kaya di malaysia. Kalau you all masih ingat tiga hari yang lepas kita ada berkongsi satu artikel dengan tajuk: RON95 Hanya Dijual Kepada Yang Layak selepas 1 September. Dan semalam kita ada terbaca satu artikel mengenai perlaksanaan Sistem Baru Petrol tersebut. Ianya agak menarik kalau sekiranya butiran yang didedahkan adalah benar. Antaranya :
1. Pemandu dengan pendapatan bulanan sebanyak RM5,000 dan ke bawah, dan kereta dengan enjin bawah 2.0 liter adalah layak untuk mendapat subsidi.
2. Mereka yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM5,000 - 10,000 berhak untuk subsidi petrol dan diesel bernilai 300 liter.
3. Mereka yang mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM10,000 mungkin tidak dapat menikmati apa-apa subsidi minyak.
4. Pemilik kenderaan asing dan kereta asing tidak lagi berhak untuk membeli bahan api subsidi.
5. MyKad mungkin di upgrade untuk memasukkan maklumat mengenai kelayakan pemegang untuk membeli minyak bersubsidi. Alternatively, kad bahan api khas akan dikeluarkan. Antara maklumat yang terkandung dalam kad ini adalah nama pembawa, alamat dan kuota bahan api bulanan.
6. Pemandu perlu mendaftar dengan JPJ untuk mendapatkan kad ini. Dan kad ini perlu di 'swipe" kan di stesen minyak sebelum digunakan.
Berdasarkan butiran perlaksanaan Sistem Baru Petrol diatas, ianya kelihatan agak praktikal. Mungkin penggunaan kad ini mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk memberikan subsidi hanya kepada yang layak serta menjimatkan RM9.8 Billion setahun. Walau apa pun kita pasti setiap initiatif yang dilakukan pasti ada pro and cons.
p/s: Definisi golongan kaya Di Malaysia adalah mereka yang berpendapatan RM5000 ke atas. Sebenarnya jumlah ini bukanlah suatu yang agak besar bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang besar serta tinggal di kota raya. Namun masih lebih baik daripada 80% pekerja di malaysia yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Harap-harap kajian yang mendalam telah diadakan sebelum keputusan ini di buat supaya sistem ini tidak membebankan mereka yang tidak sepatutnya.
Harap2 ada kajian yg lebih mendalam dal hal ini.. org kl gaji 5000 masih struggle x sama dgn org di bandar2 kawasan daerah2 lain. Klu kat my hometown, gaji 5000 dah mewah dah..
ReplyDeleteHarga air kotak yg rm1.20 pun boleh jadi rm2.20 kat bukit bintang, tak kira harga rumah lagi... Susahlah org2 sy struggle di kl ramai di labelkan sbg org kaya ni... Harap ada penelitian yg sebaiknyalah...
saya pun berpendapat macam saudara khir jugak. Sebenarnya RM5000 adalah satu jumlah yang besar kita orang tu masih belum berkhawin atau bujang tetapi apabila mereka berkhawin ia mungkin berbeza..bagi saya ia lebih kepada golongan yang hidup selesa tapi tak lah kaya...
DeleteRegards,
-Strider-
RM5K... Nampaknya kita mmg dpt la pakai lagi minyak.ni. Apa2 pikir lah dulu sblum buat sst tu wahai org atasan...
ReplyDeleteadeh...apapun moga ada jalan terbaik..
ReplyDeleteIsk lepas nie macam2 lagi yang mereka buat
ReplyDeleteAgak2 kalau duit rm100 tu bertahan untuk satu minggu.
Harga barang mahal..semua nak buat tanpa fikir panjang
Semoga dapat membuat analisan dan kajian yang mendalam tentang isu petrol ini agar tidak membebankan rakyat. Rakyat senang kerajaan bahagia.
ReplyDeleteApa yang dirisaukan mengenai sistem ini adalah, berkemungkinan berlaku insiden-insiden seperti sistem kad tersebut tergendala. Hingga akhirnya memaksa pengguna untuk membayar harga minyak tanpa subsidi seperti pengguna 'kaya' yang lain. Faham-faham aje la kat Malaysia ni, sistem elektronik jenis cap ayam. Driver gomen pakai kad Smartpay Petronas dah biasa sangat terkena.
ReplyDeleteow...takutnya nk msuk dlm alm pkerjaan..
ReplyDeletesaya lebih berminat nak tau cara mereka implement..hopefully cara yang akan diputuskan nanti tak membebankan pengguna...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
sapa punya idea la
ReplyDeletePeninglah sistem ape ni?
ReplyDeleteLagi lambatlah nak pegi keje...nak swipe segala bagai kan..
kajian mendalam hendaklah dilakukan sebelum perlaksanaan...cara2 perlaksanaan pun perlukan kajian....selalu yg berlaku kajian x cukup...perlaksanaan dah jalan dulu...sudahnya macam2 masalah...apa2 pun niat sistem ni nak dilaksanakan bagus...iaitu memberi subsidi pada golongan yang sepatutnya...
ReplyDelete5K pada warga bandar besar... cukup2 jer...kalau ahli keluarga ramai...sesak jugak tu..
harap kajian yang lebih mendalam akan dilakukan..kalau tidak nanti pasti akan timbul pelbagai masalah yang lain
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالرياض وجدة والدمام والخبر والجبيل اولقطيف والاحساء والرياض وجدة ومكة المدينة المنورة والخرج والطائف وخميس مشيط وبجدة افضل شركة نقل عفش بجدة نعرضها مجموعة الفا لنقل العفش بمكة والخرج والقصيم والطائف وتبوك وخميس مشيط ونجران وجيزان وبريدة والمدينة المنورة وينبع افضل شركات نقل الاثاث بالجبيل والطائف وخميس مشيط وبريدة وعنيزو وابها ونجران المدينة وينبع تبوك والقصيم الخرج حفر الباطن والظهران
ReplyDeleteشركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل اثاث بالرياض
شركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بينبع
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالطائف
شركة تنظيف فلل بالطائف
شركة تنظيف شقق بالطائف
شركة تنظيف منازل بالطائف
شركة كشف تسربات بالطائف
شركة عزل اسطح بالطائف
شركة تسليك مجاري بالطائف
شركة تنظيف كنب بالطائف
ReplyDeleteشركة سكاي لخدمات نقل العفش والاثاث بالمنطقة العربية السعودية نحن نوفر خدمات نقل اثاث بالرياض ونقل عفش بالمدينة المنورة ونقل عفش بمكة ونقل عفش بالطائف نحن نقدم افضل نقل اثاث بخميس مشيط ونقل عفش بجدة
شركة سكاي نقل العفش
مدونة لنقل العفش
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالرياض
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بالدمام