
5 Kebaikan Berjalan Kaki
5 Kebaikan Berjalan Kaki
Berjalan kaki merupakan aktiviti yang kita lakukan setiap hari. Yang bezanya ada yang banyak ada yang sikit disebabkan tuntutan hidup yang serba cepat. Semuanya nak cepatkan..Nak pergi kedai dekat rumah pun naik kereta..Kitalah tu..he..he. Apa-apa pun pada mereka-mereka yang kurang rajin berjalan kaki ni termasuk kita, sebenarnya kita dah hilang banyak manafaat. Berjalan kaki bukan hanya merupakan senaman yang mudah, murah dan selamat bahkan ia mempunyai banyak kebaikan. Antaranya:
1. Berjalan Kaki Mengurangkan Sindrom Metabolitik.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Duke University Medical Centre, berjalan kaki selama 30 minit dalam sehari boleh mengurangkan risiko metabolitik yang merupakan salah satu penyebab penyakit jantung, diabetes dan juga angin ahmar.
2. Berjalan Kaki Menjadikan Tidur Lebih Nyenyak
Mengikut laporan National Sleep Foundation, berjalan cepat pada waktu petang akan menjadikan tidur lebih nyenyak. Berjalan kaki akan meningkatkan hormon serotonin yang menjadikan seseorang akan merasa lebih selesa. Sewaktu berjalan pergerakan pada tubuh berlaku. Yang utama adalah pergerakan kaki dan tangan. Ini akan membantu mengurangkan risiko kecederaan atau kejang otot.
3. Berjalan Kaki Membuatkan Kita Rasa Lebih Gembira.
Kajian yang dilakukan oleh University of Texas mendapati berjalan kaki selama 30 minit dalam sehari boleh mengurangkan risiko kemurungan dan tekanan. Bahkan ada kajian yang meyatakan berjalan kaki selama 90 minit selama 5 kali dalam seminggu akan menjadikan seseorang merasa lebih gembira kerana tubuh manusia menghasilkan lebih banyak endorfin.
4. Berjalan Kaki Mengurangkan Berat badan
Kajian yang dilakukan oleh University of Pittsburgh menyatakan mereka yang kerap berjalan kaki boleh mengelakkan diri dari masalah obesiti. Ini kerana aktiviti berjalan kaki yang dilakukan selama satu jam setiap hari selama 5 hari seminggu boleh membakar sebanyak 1500 kalori setiap hari serta mengurangkan berat badan sebanyak 11.3 kg dalam masa setahun.
5. Berjalan Kaki Mengurangkan Pereputan Tulang
Satu kajian mengesahkan berjalan kaki selama 30 minit sehari selama 3 kali seminggu boleh mencegah dan mengurangkan pereputan tulang. Ini kerana sewaktu berjalan kaki, kita akan menggunakan 95% otot tubuh.
Kesimpulannya jangan malas untk berjalan kaki. Walaupun nampak simple tapi banyak kebaikan.
Kesimpulannya jangan malas untk berjalan kaki. Walaupun nampak simple tapi banyak kebaikan.
betul tu...sebab tu la patut amalkan 10k langkah sehari..tapi tak sampai pun angka tu..hehe
ReplyDeleteorang perempuan kalau berjalan kaki kat shopping complex memang juara..hehe
ReplyDeleteAda masa saya mmg suka layan naik public transport klu ada kerja di tempat yg bersesuaian sbb dpt jln kaki jauh sikit... mmg rasa menyihatkan & hati pun rasa lapang & ceria.. :D
ReplyDeletenoe hari2 berjalan dari tempat parking ke office..agak jauh gak...tp good exercise la ni...thx for sharing raudzah...
ReplyDelete2 promoted content tuk raudzah
ReplyDeletetambahan musim2 nak raya ni..
ReplyDeletememng smua pakat2 balan kaki lama2
p shopping..
klikx2
Fiza rasa perempuan kalau bab berjalan kaki nie mmg hebat.. hehe.. tambah pula nak shopping raya nie.. puasa pun tak da masalah.. terima kasih atas info..
ReplyDeleteWalau sudah tahu akan kebaikannya tapi rasa malas betul nak berjalan kan
ReplyDeleteTapi jenjalan shopping ok pulak hihi...
Terbaik.. chegu hari2 jalan kaki nak ke kelas-kelas, kira sihat jugalah
ReplyDeletesha rajin jalan kaki tapi susah nak tidur... hukkkhukkk... camne tu..??
ReplyDeletenice one kak...saya pun sebenarnya ketegori yang suka berjalan kaki gak..kalau ade teman lagi tak terasa jauh..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
no 4 tu yang best tu... hehehe... tapi pergi kerja naik motor... balik kerja pun sama... terus sampai depan pintu rumah... dalam rumah dan dalam opis jer kot yg berjalan nyer... huhuhu camna nak kuruih...
ReplyDeletesaya suka berjalan kaki..
ReplyDeletekalau geram marha blh jaln kaki eh
ReplyDeleteBetul tu..Duku masa belajar tiada kenderaan..berjalan dari hostel ke dewan kuliah rilek aje..sekarang parking betul2 tepi pintu office..saya perlu eksesais
ReplyDeleteRisiko Anemia Semasa Mengandung
Sangat setuju untuk no 1&4.
ReplyDeleteRamai orang suka jalan lenggang-lenggok. Tu sebab berat badan tak turun2. Saya ni jenis jalan mesti nk laju je.
DeleteJemput semua singgah blog saya.
DeleteLife is beautiful... don't waste it.
Suka berjalan kaki..
ReplyDelete10000 steps a day.
ReplyDeleteNice sharing..
ReplyDeletesekarang dah tak bnyak berjalan..sebab asyik terperuk kat dlm umah je..-.- tak sihatnyaa
ReplyDelete