5 Kebaikan Berjalan Kaki

 https://s.yimg.com/ea/img/-/120119/walking_360_17helq2-17helq7.jpg 
5 Kebaikan Berjalan Kaki

5 Kebaikan Berjalan Kaki


Berjalan kaki merupakan aktiviti yang kita lakukan setiap hari. Yang bezanya ada yang banyak ada yang sikit disebabkan tuntutan hidup yang serba cepat. Semuanya nak cepatkan..Nak pergi kedai dekat rumah pun naik kereta..Kitalah tu..he..he. Apa-apa pun pada mereka-mereka yang kurang rajin berjalan kaki ni termasuk kita, sebenarnya kita dah hilang banyak manafaat. Berjalan kaki bukan hanya merupakan senaman yang mudah, murah dan selamat bahkan ia mempunyai banyak kebaikan. Antaranya:

1. Berjalan Kaki Mengurangkan Sindrom Metabolitik.


Mengikut kajian yang dilakukan oleh Duke University Medical Centre, berjalan kaki selama 30 minit dalam sehari boleh mengurangkan risiko metabolitik yang merupakan salah satu penyebab penyakit jantung, diabetes dan juga angin ahmar.

2.  Berjalan Kaki  Menjadikan Tidur Lebih Nyenyak


Mengikut laporan National Sleep Foundation, berjalan cepat pada waktu petang akan menjadikan tidur lebih nyenyak. Berjalan kaki akan meningkatkan hormon serotonin yang menjadikan seseorang akan merasa lebih selesa. Sewaktu berjalan pergerakan pada tubuh berlaku. Yang utama adalah pergerakan kaki dan tangan. Ini akan membantu mengurangkan risiko kecederaan atau kejang otot.

3. Berjalan Kaki Membuatkan Kita Rasa Lebih Gembira.


Kajian yang dilakukan oleh University of Texas mendapati berjalan kaki selama 30 minit dalam sehari boleh mengurangkan risiko kemurungan dan tekanan. Bahkan ada kajian yang meyatakan berjalan kaki selama 90 minit selama 5 kali dalam seminggu akan menjadikan seseorang merasa lebih gembira kerana tubuh manusia menghasilkan lebih banyak endorfin.

4. Berjalan Kaki Mengurangkan Berat badan


Kajian yang dilakukan oleh University of Pittsburgh menyatakan mereka yang kerap berjalan kaki boleh mengelakkan diri dari masalah obesiti. Ini kerana aktiviti berjalan kaki yang dilakukan selama satu jam setiap hari selama 5 hari seminggu boleh membakar sebanyak 1500 kalori setiap hari serta mengurangkan berat badan sebanyak 11.3 kg dalam masa setahun. 

5. Berjalan Kaki Mengurangkan Pereputan Tulang


Satu kajian mengesahkan berjalan kaki selama 30 minit sehari selama 3 kali seminggu boleh mencegah dan mengurangkan pereputan tulang. Ini kerana sewaktu berjalan kaki, kita akan menggunakan 95% otot tubuh. 

Kesimpulannya jangan malas untk berjalan kaki. Walaupun nampak simple tapi banyak kebaikan.


Comments

  1. betul tu...sebab tu la patut amalkan 10k langkah sehari..tapi tak sampai pun angka tu..hehe

    ReplyDelete
  2. orang perempuan kalau berjalan kaki kat shopping complex memang juara..hehe

    ReplyDelete
  3. Ada masa saya mmg suka layan naik public transport klu ada kerja di tempat yg bersesuaian sbb dpt jln kaki jauh sikit... mmg rasa menyihatkan & hati pun rasa lapang & ceria.. :D

    ReplyDelete
  4. noe hari2 berjalan dari tempat parking ke office..agak jauh gak...tp good exercise la ni...thx for sharing raudzah...

    ReplyDelete
  5. tambahan musim2 nak raya ni..
    memng smua pakat2 balan kaki lama2
    p shopping..
    klikx2

    ReplyDelete
  6. Fiza rasa perempuan kalau bab berjalan kaki nie mmg hebat.. hehe.. tambah pula nak shopping raya nie.. puasa pun tak da masalah.. terima kasih atas info..

    ReplyDelete
  7. Walau sudah tahu akan kebaikannya tapi rasa malas betul nak berjalan kan
    Tapi jenjalan shopping ok pulak hihi...

    ReplyDelete
  8. Terbaik.. chegu hari2 jalan kaki nak ke kelas-kelas, kira sihat jugalah

    ReplyDelete
  9. sha rajin jalan kaki tapi susah nak tidur... hukkkhukkk... camne tu..??

    ReplyDelete
  10. nice one kak...saya pun sebenarnya ketegori yang suka berjalan kaki gak..kalau ade teman lagi tak terasa jauh..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. no 4 tu yang best tu... hehehe... tapi pergi kerja naik motor... balik kerja pun sama... terus sampai depan pintu rumah... dalam rumah dan dalam opis jer kot yg berjalan nyer... huhuhu camna nak kuruih...

    ReplyDelete
  12. kalau geram marha blh jaln kaki eh

    ReplyDelete
  13. Betul tu..Duku masa belajar tiada kenderaan..berjalan dari hostel ke dewan kuliah rilek aje..sekarang parking betul2 tepi pintu office..saya perlu eksesais

    Risiko Anemia Semasa Mengandung

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Ramai orang suka jalan lenggang-lenggok. Tu sebab berat badan tak turun2. Saya ni jenis jalan mesti nk laju je.

      Delete
  15. Suka berjalan kaki..

    ReplyDelete
  16. sekarang dah tak bnyak berjalan..sebab asyik terperuk kat dlm umah je..-.- tak sihatnyaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat