Di Denda Jika Bersedekah

 Pengemis Dan Pemberi Sedekah Akan Di Denda
Pengemis Dan Pemberi Sedekah Akan Di Denda

Pemberi Dan Peminta Sedekah Akan Di Saman


Info serius pilihan Blog Santai adalah kisah Pengemis dan Pemberi Sedekah yang bakal didenda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperbaharui.  Di bawah undang-undang baru, pemberi sedekah akan di saman, manakala si penerima akan di 'angkut'.  Bila kita baca berita ni, kita agak keliru. Tak tau samada nak sokong atau sebaliknya.

Sebenarnya isu pengemis dan gelandangan ni memang isu yang serius. Apabila undang-undang baru diperkenalkan memang ada pro and cons. Dari satu sudut ianya boleh mengurangkan budaya mengemis. Dari satu sudut lain ia juga mungkin menghalang rezeki si pemberi dan juga sipenerima. 

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0910/Kosmo/Urban/ur_01.1.jpg 
Penghibur Jalanan

Kalau dilihat sekitar KL ni memang ada macam-macam jenis pengemis. Ada yang memang benar-benar mengemis dan ada juga yang mengemis sambil mencari rezeki yang halal. Contohnya melalui nyanyian. Kita ok aje dengan pengemis yang menyanyi ni coz suara dia orang sedap. Mereka ini adalah penghibur jalanan. Tak salah rasanya kalau kita berkongsi rezeki dengan mereka. Cuma mungkin yang hanya meminta tanpa memberi tu boleh di masukkan di bawah Akta ni. 

Apa-apa pun denda pastinya tidak akan membantu. Mungkin ada cara yang lebih baik kerajaan boleh bantu mereka. Sama seperti gelandangan. Memberi makan percuma kepada mereka, pastinya tidak akan membantu mereka. Sama seperti kisah kail dan ikan. Kalau diberi ikan, pasti akan habis. Tapi kalau diberi pancing pastinya, setelah habis dia orang boleh memancing lagi. So tak perlu jadi pengemis.

Street Pop Up Job Interview
 Street Pop Up Job Interview

Mungkin kerajaan boleh mengadaptasikan program Street Pop Up Job Interview yang di anjurkan oleh kumpulan Al Waasi. Dalam program ni mereka membuka kaunter untuk temuduga bagi mencarikan pekerjaan buat golongan gelandangan yang tidak bekerja atau pun yang ingin mencari pekerjaan yang lebih baik. Bagi kita program ni cukup menarik. Kalau you all nak baca lebih lanjut mengenai program ni, boleh baca di
Blog Acik Idah yang merupakan salah seorang ahli Al Waasi.

Comments

  1. yang mengemis tanpa buat apa2 tu boleh la dikenakan tindakan..tapi yang berusaha untuk mencari rezeki dengan cara menyanyi atau menjual tisu tu,tak salahkan...

    ReplyDelete
  2. susah nak cakap bab ni. bagi saya kalau nak memberi biar pada jalan yang betul spt berzakat. insyalllah, zakat kita disalurkan pada yang benar2 berhak.

    ReplyDelete
  3. yang mengemis hantaran sindiket lebih kesian... hurm...

    ReplyDelete
  4. Satu langkah yang baik, bukan apa, kekadang pengemis tu sebenarnya lebih kaya daripada kita sangkakan. Suatu ketika dulu, pernah masuk suratkhabar utusan Melayu, Si pengemis dari China, ditipu wangnya dilarikan pencuri, wang itu berjumlah RM 290.00.00 ribu.
    Selain itu, ada juga sindiket yang memperdayakan orang ramai dengan pengemis ini.

    ReplyDelete
  5. susah di bantu ikhlas bukan di beri bebanan..

    ReplyDelete
  6. Kalau ada tindakan utk membenteras itu sebaiknya. Tapi yg menipu tu perlu ditangkap apa lagi kalau yg dijadikan sindiket kesian...

    Tak ramai NGO yg mampu berbuat charity kalau tak ada gandingan mantap.

    ReplyDelete
  7. kerajaan cuba cari jalan mudah utk menyelesaikan masalah tanpa fikir utk jangka masa yang panjang.

    ReplyDelete
  8. Dlm Islam mmg mlrg umtnya mengemis...

    ReplyDelete
  9. Hmmm..aktiviti mengemis semakin berleluasa..

    ReplyDelete
  10. Ada yg mengemis kerana terdesak, masalahnya ada yg ramai mengemis disebabkan meraih peluang kebaikan yg ada dlm msykt kita. Ia memburukkan & menutup peluang kpd mereka yg mmg memerlukan. Semoga beroleh jalan penyelesaian yg sebaiknya... aamiin...

    ReplyDelete
  11. Patut diberi bantuan dlm bentuk mencarikan pekerjaan..
    Ibarat memberi kail instead of bagi ikan..

    ReplyDelete
  12. salam raudzah... terima kasih for the recommendation...

    idah sebenarnya memang nak ulas ttg isu ni juga... tapi sedang menyejukkan hati dulu hehehe... :D tq sis...

    ReplyDelete
  13. mungkin kerajaan perlu sediakan satu tpt khas utk org kurang upaya mencari rezeki dgn menyanyi nih dan mereka mestilah berdaftar . cara tu mudah sikit kerajaan nak pantau ... invest smart dipagi hari ...

    ReplyDelete
  14. Betul. Biarlah pakcik tu nyanyi. Allah bagi dia buta mata. Tapi, kenapa kita nak jadi buta hati?

    ReplyDelete
  15. Aiii...yang bagi sedekah tu nak disaman knape? Rezeki Allah beri lebih untuk dikongsi. Kalau saya nak bagi pun saya sama macam orang lain kalau cukup sifat tu mmg x bagi. Boleh kerja kan?

    ReplyDelete
  16. betul tu sis...bagi sya rasa yang terbaik bagi membela nasib gelandangan (warganegara malaysia) ialah dengan menjalankan kempen streetjob interview..sebab kadang kala bukan mereka tiada tenaga utk bekerja cuma tak tahu nak mula dari mana..bagi pengemis asing pula, elok laa mereka ditangkap dan dihantar ke negara asal mereka..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. Tulah kan Raudzah....susah jugak nak menangani masalah pengemis atau gelandangan di ibu kota....jadi tak cantiklah pemandangan dia ...Mungkin ini salah satu cara kot

    ReplyDelete
  18. salam. hmm tak tau nak cakap apa..

    ReplyDelete
  19. kadang2 pengemis kt KL tu bkn la susah cuma berlakon jd susah sedangkan dlm sehari boleh dalam beratus. nina bg sdekah pun kalau pengemis tu OKU

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat