Mengapa Perlu Berdoa Dan Istighfar Di Bulan Ramadhan
Berdoa Dan Istighfar Di Bulan Ramadhan
Berdoa Dan Istighfar Di Bulan Ramadhan
Renungan pagi pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah kisah keutamaan berdoa dan beristighfar di Bulan Ramadhan. Alhamdulillah hari masuk hari ke 19 kita berpuasa. Bermakna hanya tinggal 11 hari terakhir lagi untuk kita merebut segala peluang yang Allah berikan kepada semuanya hambanya yang tidak boleh diperolehi di bulan-bulan yang lain.
Berdoa Di Bulan Ramadhan
Kita pasti ramai yang tau, bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa. Di bulan inilah kita sangat dituntut untuk memperbanyakkan berdoa kerana doa-doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Didengar, tidak ditolak Allah SWT, bahkan dimakbulkan, in Shaa Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak. Pertama, orang yang berpuasa hingga ia berbuka. Kedua, imam yang adil dan ketiga, doa orang yang dizalimi." (riwayat Tirmizi)
Betapa sayangnya Allah kepada kita. Sebulan Ramadhan diberikan kepada kita untuk memohon segala apa yang kita hajati. Justeru inilah peluang yang tak harus kita lepaskan. Mohonlah apa sahaja yang kita ingini, lebih-lebih lagi, saat menjelang berbuka puasa ketika menanti tibanya
azan Maghrib. Inilah antara waktu yang terbaik untuk kita berdoa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka." (riwayat Ibnu Majah)
Beristighfar Di Bulan Ramadhan
Selain daripada berdoa, Allah SWT sangat menyukai para hamba-Nya yang gemar beristighfar,
terutama pada waktu-waktu mulia dan istimewa di bulan Ramadhan.
Mengikut Imam Ibnu Kathir kalimah, memohon ampun di waktu sahur menunjukkan keutamaan istighfar di waktu sahur (penghujung malam). Waktu sahur adalah waktu di penghujung malam menjelang Subuh. Keutamaannya tidak terdapat pada waktu-waktu yang lain. Kesempurnaan istighfar di waktu ini dimulakan dengan solat malam sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Orang-orang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) dan yang memohon ampun di waktu sahur. (Ali-Imran: 17)
Mengikut Imam Ibnu Kathir kalimah, memohon ampun di waktu sahur menunjukkan keutamaan istighfar di waktu sahur (penghujung malam). Waktu sahur adalah waktu di penghujung malam menjelang Subuh. Keutamaannya tidak terdapat pada waktu-waktu yang lain. Kesempurnaan istighfar di waktu ini dimulakan dengan solat malam sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata air-mata air sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah). (Az-Zariyaat: 15-18)
Doalah senjata dan kelebihan kita sebagai seorang Islam. Kita ada Allah SWT yang maha pengasih lagi maha mengasihani untuk memberi apa jua pertolongan buat mereka yg beriman dan bertaqwa. Ramadhan bulan barokah...segalanya berlipat ganda dan penuh keberkatan, marilah kita rebut segala kelebihan serta ganjaran yang sedia terhidang!
ReplyDeletesalam. alhamdulillah..sy tak lupa mengamalkan :))
ReplyDeletekalau boleh jangan tunggu samapi ramadhan sahaja bulan lain molek buat juga.
ReplyDeleteapa khbar sis?
kalau sebut dapat pahal juga kan sis :)
ReplyDeletekita titipkan juga doa untuk saudara kita yang berada di Palestine
ReplyDeleteAlangkah beruntungnya kita diberi peluang utk berada di bulan Ramadhan ini kan. Gunakan peluang diberi semampu yg boleh. Doa/istighfar dsb janji kebaikan pasti berganda ganjaran..
ReplyDeletetakde alasan untuk tak amalkan dua benda ni..walaupun uzur syari'e.thanks for sharing raudz
ReplyDeleteJom banyakkan berzikir
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, Subhanallah. Banyak sungguh kemuliaan yang Allah beri di bulan yang mulia ni.. sheila singgah menabung invest smart sini ~~~
ReplyDeleteAssalammualaikum...raudz,
ReplyDeletebagus perkongsian nie.. masa nak berbuka masa sebelum azan tu elok berdoa. Doa dimakbulkan Allah.. doa orang berbuka Allah tak hampakan hambaNya kan..
mselim3
Betul. RAMADHAN.. bulan penuh keberkatan.
ReplyDeleteastagfirullah alazim alazila illa hailla huwalhaiyu qayyu wa'atubu illaiq..
ReplyDeleteRamadhan ... Tak terasa semakin ke penghujung :(
ReplyDeletedah nk dekat habis dah ramadhan :(
ReplyDeleteMmg kita ni perlu bnyk beristigfar... kdg2 takut kita sendiri x sedar ttg dosa2 yg x sengaja kita lakukan.. thanks sharing Raudzah.
ReplyDeletesinggah promoted content sini... :)
Bulan ramadhan nie sebenarnya memang menguji kesabaran kita..sebab itu kekadang kita rasa bila bulan puasa, banyak dugaanya...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
pringatan di bulan puasa. seharusnya kena amal selalukan. dlm bulan ni banyak dugaan dr bulan2 biasa.
ReplyDeleteinformasi yang menarik
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian raudzah...
ReplyDelete