Motivasi Pagi Jumaat

 Motivasi Pagi Jumaat : Tujuan Hidup
Tujuan Hidup Kita

Motivasi Pagi: Tujuan Hidup


Motivasi Pagi Jumaat pilihan Blog Santai adalah mengenai sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani dalam Al-Awsath tentang tujuan hidup kita. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pastinya punya satu tujuan, iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT. Namun kita sebagai manusia selalunya lalai apatah lagi kita bila diuji dengan sedikit kesenangan/kesukaran yang kadangkala menjauhkan kita daripada Nya. 

Barangsiapa bangun pagi dan dunia adalah menjadi cita-citanya yang terbesar, maka dia tidak akan memperolehi apapun dari Allah. Allah akan menimpakan 4 perkara ke dalam hatinya: kesedihan yang tidak terputus daripadanya selamanya, kesibukan yang tidak pernah berakhir selamanya, kefakiran yang tidak akan mencapai kekayaan selamanya dan harapan yang tidak akan tercapai selamanya. (Thabrani dalam Al-Awsath)

Adakah kita salah seorang daripadanya? Jom sama-sama kita muhasabah diri dan perbetulkan niat tentang tujuan hidup kita setiap kali kita bangun pagi supaya tidak ada lagi kesedihan dihati kita, Kesibukan yang tidak pernah berakhir, kefakiran dan kekecewaan kerana harapan yang tidak kesampaian. Dan yang penting kita mendapat keredhaan Allah SWT.

Comments

  1. salam pagi jumaat..kena perbetulkan apa saja niat kita supaya tidak terpesong..

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat Raudzah... ermm perlu ambil masa dan menilai serta bertanyakan pada diri sendiri... adakah aku seperti itu? good sharing... tq sis

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat RDZ, perkongsian menarik..

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat Rauzhah.. In Syaa Allah..

    ReplyDelete
  5. harap2 kita tak tergolong dalam golongan untuk mengejar dunia...

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat Raudzah.. semoga diberkati kehidupan... aamiin.
    3xpromoted content.. :)

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar.Peerkongsian yang meruntun jiwa.Terima kasih di atas peringatan ini :)

    ReplyDelete
  8. Allahu jika dunia yang kita kejar, maka rugilah kita..:(

    ReplyDelete
  9. Very good article. I certainly appreciate this website.

    Stick with it!

    Heree is my web page :: m88

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat