Rezeki Ketika Azan
Rezeki Ketika Azan
Rezeki Ketika Azan
Renungan Pagi pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah kisah rezeki dan azan. Semoga cerita ini memberi panduan untuk kita semua yang sedang berusaha untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah serta keredhaan Allah.
Dalam satu riwayat ada menceritakan perihal seorang sahabat Rasullullah S.A.W yang sedang bekerja menyusun batu-bata. Pada ketika hanya tinggal satu lagi batu-bata untuk menyelesaikan kerjanya, azan dilaungkan. Beliau dengan segera meninggalkan batu-bata tersebut untuk menunaikan solat.
Apabila ditanya mengapa beliau tidak meneruskan kerjanya, walhal hanya tinggal satu sahaja lagi batu-bata untuk disiapkan, beliau menjawab bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, beliau sebenarnya membesarkan batu-bata tersebut dan bukannya membesarkan Allah. Padanya apabila azan dilaungkan, semua yang ada di mukabumi ini adalah kecil kecuali Allah.
Beginilah dahsyatnya iman para sahabat. Maka tidak hairanlah rezeki mereka tidak pernah putus. Mereka dipandang mulia biarpun tanpa harta dan kuasa. Mereka sebenarnya telah mendapat redha Allah.
Jadi kalau kita ingin menjadi seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya, jom sama-sama kita hormati azan sebagai tanda kita membesarkan Allah melebihi segalanya.
Source: Extract Dari Mudahnya Menjemput Rezeki
subhanallah,kekadang kita lupa tentang apa yang patut didahulukan.nice header...thanks sharing raudzah..
ReplyDeleteYou are most welcome KSD & thanks you coz sukakan header kita..he..he
Deleteallah, sayu hati eda membacanya..nice sharing dear..TQVM
ReplyDeleteTYou are most welcome FE..
DeleteIstiqomah mereka sangat kuat berbanding kita umat akhir zaman ni..
ReplyDeleteSelamat berpuasa dari kakak ye:)
amat berkesan cerita ini..terima kasih RDZ..
ReplyDeleteSubhanallah.
ReplyDeleteBeri kesedaran pada saya.
subhanallah...kita ni selalu bila dengar azan tp masih leka dengan dunia
ReplyDeletesubhanallah.... rasa kerdilnya saya dengan kisah nie......
ReplyDeleteinilah ciri sahabat yang bertaqwa...
ReplyDeletepromoted content + VW for u :)
ReplyDeleteallah maha pemberi rezeki
ReplyDeletesubhanallah, kalau masih ade manusia semulia tu dekat muka bumi ni . susah nak dapat zaman sekarang ni.
ReplyDeleteMenghormati azan & mendahulukan solat adalah rahsia utama murah rezeki dan kekayaan. Sebagai khalifah Allah, tidak salah kita mengejar kekayaan namun pastikan mendahulukan apa yang diperintahkan olehNya.
ReplyDeleteAllahuakbar...terasa kerdil dengan iman para sahabat...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian dan peringatan...
Allhu Akbar.. Tersentuh di hati..
ReplyDeleteNice sharing raudzah...
Subhanallah.
ReplyDeleteKita sering terleka.
Subhanallah... sungguh mendalam & tinggi maksud pemuda tu. Mesej peringatan yg baik utk kita semua...
ReplyDeleteSubhanallah..
ReplyDeleteSubhanallah... tinggi sungguh tahap keimanan mereka kan... good sharing raudzah..
ReplyDeletedalam mengejar kepentingan dunia, kadang kala kita lupa yang mana harus didahulukan...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Ya Allah kuatnya iman para sahabat....macamanalah nak iman sekuat mereka
ReplyDeleteMoga menjadi panduan dan jadib amalan kita pula..
ReplyDelete