Tanah Lot Bali
Lepak Di Tanah Lot Bali
Kalau you all singgah di Bali salah satu tempat yang you all mesti pergi adalah Tanah Lot Bali. Tanah Lot merupakan tebing tinggi yang menganjur ke laut di pulau Bali, Indonesia. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu, Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong.
Pura Tanah Lot
Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 20 km daripada Denpasar. Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut lautan. Tanah Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernama Nirartha. Semasa dia mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya. Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan laut Bali.
Kuil Tanah Lot adalah satu daripada tujuh kuil laut sekitar pantai
Bali. Kuil ini dipercayai mengawal roh-roh jahat dan penceroboh.
Kononnya terdapat seekor ular sangat besar yang melindungi kuil, yang
dicipta dari cindai Nirartha semasa dia sampai di pulau itu.
Tanah Lot Bali
SubhanAllah cantiknya.... belum ada rezeki ke sana InsyaAllah jika dipanjangkan umur nak jika jejak bumi bali :)
ReplyDeletebestnya kalau dapat sampai kat sini..
ReplyDeletecantiknya pemandangan tapi saya mmg tak berani nk berdiri kat situ
ReplyDeletebelum berkesempatan lagi...insya Allah, satu hari nanti kot,,,
ReplyDeleteTak dapat tgk gambar. Line buat jahat ngan ana ary ni. Isk3.
ReplyDeleteBtw teringin nak gi bali.
Bila perginya ni Raudzah.....cuti baru ni ker?
ReplyDeleteAda tengok jugak tempat ni dlm Romantika Sheikh Muzafar ... lama dah
Last week okje..cantik sangat tempat ni...
DeleteMmg best.. suka dgn suasananya. Cuma teringat2 pesanan org ttg ular yg dibela kat sana.. takutlah terlepas pandang ada yg tak perasan terpijak pulak.. Nice sharing Raudzah & video tu kreatiflah mcm tu hehee.. :) :)
ReplyDeletewah.. bestnya...
ReplyDeleteBestnya...
ReplyDeleteVery nice scenery!
ReplyDelete