Lepak Di Tanah Lot Bali

 Tanah Lot Bali
 Tanah Lot Bali

Lepak Di Tanah Lot Bali


Kalau you all singgah di Bali salah satu tempat yang you all mesti pergi adalah Tanah Lot Bali. Tanah Lot merupakan tebing tinggi yang menganjur ke laut di pulau Bali, Indonesia. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu, Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong.

 http://www.tanahlot.net/home/images/stories/dj/5.jpg
 Pura Tanah Lot

Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 20 km daripada Denpasar. Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut lautan. Tanah Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernama Nirartha. Semasa dia mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya. Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan laut Bali.

Kuil Tanah Lot adalah satu daripada tujuh kuil laut sekitar pantai Bali. Kuil ini dipercayai mengawal roh-roh jahat dan penceroboh. Kononnya terdapat seekor ular sangat besar yang melindungi kuil, yang dicipta dari cindai Nirartha semasa dia sampai di pulau itu.

Tempat ni memang popular dan sangat cantik.   Air lautnya sangat biru dan tenang. Yang tak best cuma nak pergi sini punyalah jem. So kena cari jalan alternatif dan agak panas. So nak lepak lama-lama pun tak boleh. Nak ambil gambar pun tak cantik coz mata asyik tertutup aje. Silau dan panas...whatever it is, I love the scenery. So enjoy guys...

Tanah Lot Bali
Tanah Lot Bali
 Displaying IMG-20140919-WA0005.jpg
 Tanah Lot Bali
 Tanah Lot Bali
 Tanah Lot Bali
 Tanah Lot Bali
 
Ini adalah percubaan merekod video yang terbalik. Tak tau nak betulkan macammana. he..he
 

Comments

  1. SubhanAllah cantiknya.... belum ada rezeki ke sana InsyaAllah jika dipanjangkan umur nak jika jejak bumi bali :)

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau dapat sampai kat sini..

    ReplyDelete
  3. cantiknya pemandangan tapi saya mmg tak berani nk berdiri kat situ

    ReplyDelete
  4. belum berkesempatan lagi...insya Allah, satu hari nanti kot,,,

    ReplyDelete
  5. Tak dapat tgk gambar. Line buat jahat ngan ana ary ni. Isk3.

    Btw teringin nak gi bali.

    ReplyDelete
  6. Bila perginya ni Raudzah.....cuti baru ni ker?
    Ada tengok jugak tempat ni dlm Romantika Sheikh Muzafar ... lama dah

    ReplyDelete
  7. Mmg best.. suka dgn suasananya. Cuma teringat2 pesanan org ttg ular yg dibela kat sana.. takutlah terlepas pandang ada yg tak perasan terpijak pulak.. Nice sharing Raudzah & video tu kreatiflah mcm tu hehee.. :) :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat