90 Orang Satu Rumah?
Bila baca berita ni, nak percaya pun susah. 90 orang duduk dalam sebuah rumah pangsapuri berkongsi dua tandas dan tiga bilik tidur. Hmmm..ini lebih daripada sardin ni..tak boleh bayangkan macammana dia orang nak bernafas.
Tapi inilah yang berlaku, kepada sekumpulan 90 warga asing daripada etnik Uighur yang ditahan Jabatan Imigresen dalam sebuah serbuan pada malam Rabu yang lalu. Ketika ditahan mereka semua sedang tidur dalam keadaan yang sempit dan berbau. Mereka semua beragama islam dan datang ke Malaysia untuk mencari perlindungan politik setelah berlaku penindasan yang melampau di barat laut Xinjiang, China. Sebahagian besar dari mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia. Hmmm..macam-macam kisah dalam dunia ni kan..
Bila tengok video semasa penahanan dia orang ni memang kesian sangat. Kita teringat satu artikel mengenai etnik ni yang kita pernah kongsikan sebelum ni. Kalau ada yang miss boleh baca di sini: Etnik Ughur Di Larang Berpuasa & Imej Islam Di Larang Menaiki Bas
Tapi tulahkan. Nak salahkan dia orang pun tak boleh. Yang jahatnya sindiket tu..memang tak berperikemanusiaan..Moga ada penyelesaian yang terbaik untuk dia orang..
memang kasihan dengan mereka..namun etnik Uighur jenis yang tahan lasak
ReplyDeleteMemang kesian HB...dugaan untuk dia orangkan..
DeleteMacam di pengungsian mreka berkumpul dalam serumah hehe....
ReplyDeleteBetul tu IQ..macam kongsi perkerja...ramai-ramai dalam satu rumah..
Deletekesian jugak..teringat masa kes MH370 dulu, tak pasal-pasal mereka dikaitkan sekali
ReplyDeleteTulah...layanan yang di terima di negara dia orang pun semakin teruk. Harap-harap mereka tabahkan..
DeleteMashaallah. Sian tengok.
ReplyDeleteBaby besar anak saya pun ada.
Kes niaya mcm ni... kesian...
ReplyDeleteKuatnya pegangan iman diorang. Allahu.. Semoga Allah melindungi mereka dan agamanya. Aminnnnn
ReplyDeletekesiannya mereka...
ReplyDelete