Posts

Showing posts from April, 2013

Penduduk Palestin Diusir Rejim Zionis

Image
Ratusan P enduduk Palestin diusir Seorang wanita Palestin bersama anaknya terpaksa meninggalkan rumah mereka di Wadi al- Maleh, kelmarin. Tentera Israel bertindak mengusir ratusan penduduk Badwi Palestin dari kampung mereka di Tebing Barat, kelmarin selepas rejim Zionis mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon latihan tentera. Hampir sebahagian daripada penduduk Wadi al-Maleh terpaks meninggalkan rumah mereka dan mendapatkan perlindungan di kampung berhampiran. Tentera rejim Zionis turut melarang orang luar termasuk petugas media memasuki kawasan itu yang kononnya telah diisytiharkan sebagai zon tertutup tentera. Difahamkan, Wadi al-Maleh terletak dalam kawasan C meliputi dua pertiga Tebing Barat yang terletak di bawah kuasa Israel selain menempatkan penempatan haram Yahudi. Dalam perkembangan lain, seorang penunggang motosikal di Gaza dilaporkan terbunuh manakala dua lagi

Dakwat kekal boleh padam ? Apa Kata SPR

Image
SPR jelaskan punca dakwat kekal boleh padam KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) percaya dakwaan bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal pada Selasa boleh dipadam timbul ekoran kegagalan sebahagian daripada petugasnya untuk mematuhi cara penggunaan  dakwat berkenaan. Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, badan itu percaya dakwat kekal itu boleh dicuci kerana botolnya tidak digoncang terlebih dulu sebelum dicalit kepada pengundi. Sehubungan itu, satu arahan telah dikeluarkan kepada semua petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat itu. "SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 ini  selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi. Tambah beliau, SPR juga akan mengadakan satu demonstrasi kepada media pada Khamis ini untuk menu

Air boleh 'mendengar'

Image
Air boleh 'mendengar' Soalan ASSALAMUALAIKUM. Boleh Tuan Haji terangkan mengapa perubatan Islam menggunakan air penawar atau air jampi? Boleh terangkan bagaimana dengan membaca ayat Al-Quran ke atas air dapat mengubati penyakit.  Saya kurang faham bagaimana air penawar boleh menyembuhkan penyakit. * Cik Marissa, Kuala Terengganu Jawapan Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Kepentingan air sama seperti oksigen.  Air adalah elemen penting demi kelangsungan hidup manusia, jika manusia tidak minum air selama seminggu, manusia boleh mengalami kegagalan serius organ dalaman dan menyebabkan kematian.  Di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat menceritakan kepentingan air untuk manusia dan segala kehidupan di muka bumi.  Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 30: " Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup ." Air membentuk 55 hingga 57 peratus berat badan kita dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi ut

Kesian: Kanak-kanak mangsa buli siber meninggal dunia

Hanya kerana sering dibuli melalui laman sosial seorang kanak-kanak nekad menggantung diri di rumahnya di Evesham, Worcestershire, Britain. Menurut laporan DailyOnline, Katie Webb, 12, bertindak sedemikian selepas sering dikritik oleh rakan siber tentang pakaian dan fesyen rambutnya. Jurucakap polis West Mercia berkata, kanak-kanak itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Birmingham dengan pesawat ambulans. “Kematian beliau sedang disiasat dan kami yakin ianya bukan berpunca daripada perbuatan jenayah,” katanya. Source

Proses Mengundi Bermula Hari Ini

Image
Anggota tentera, polis tunai hak sebagai pengundi awal hari ini   Seorang anggota polis dicalit sebelum diberikan kertas undi. Pengundian awal melibatkan anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing diadakan hari ini. - Foto Sinar Ha       Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia serta pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di 544 pusat pengundian di seluruh negara, hari ini.    Mereka terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing.    Kesemua pusat mengundi itu yang melibatkan 882 saluran tempat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi ini termasuk di ibu pejabat polis

Zain Saidin: Saya Di Paksa Sertai MSM 2 & Dipergunakan

Image
Zain Saidin: 'Saya dipergunakan!' Zain Saidin dan Rozita Che Wan   BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta. Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin. Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan. Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingki

Awas: Gula-gula murah mengundang padah

Image
gula-gula bewarna-warni Gula-gula murah menggunakan pewarna tiruan yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak dikesan semakin banyak dijual terutama oleh penjaja haram di luar kawasan sekolah. Gula-gula itu yang mudah menarik perhatian kanak-kanak kerana berwarna-warni diibaratkan ‘manisan maut’ kerana bahan kimia yang digunakan sebagai pewarna dikatakan boleh menyebabkan emosi kanak-kanak tidak terkawal. Naib Presiden Persatuan Pengguna Perak (PCA) Paul Raj berkata kajian pihaknya mendapati gula-gula itu yang dijual dengan harga serendah 10 sen hingga 50 sen dikhuatiri memberi kesan buruk jangka panjang kepada pengguna, terutama kanak-kanak. “Gula-gula itu mengandungi kadar gula dan pewarna tinggi. Ia bukan hanya menggalakkan pembentukan karies gigi, malah jika diambil secara kerap ini boleh meningkatkan paras adrenalin kanak-kanak hingga menjadi hiperaktif, gelisah dan agresif.   Source

Aksi lagak ngeri makan diri

Image
ORANG ramai menyaksikan aksi berani Sailendra Nath Roy bergantung pada seutas tali untuk menyeberangi Sungai Teesta. Dia kemudian maut kerana terkena serangan jantung. Seorang pelagak ngeri di India yang memegang rekod Guiness World Records untuk aksi flying-fox terpanjang menggunakan rambut meninggal dunia ketika melakukan aksi berbahaya itu. Sailendra Nath Roy, 49, yang juga merupakan seorang pegawai polis cuba menyeberangi Sungai Teesta sejauh 180 meter pada Ahad lalu.  Selepas menyimpulkan rambut sepanjang paras bahunya pada takal di atas wayar, Roy sempat menghabiskan separuh perjalanan. Malangnya, dia tiba-tiba tersekat dan tidak dapat bergerak, lapor jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian. Beratus-ratus penonton yang pada mulanya bersorak memberi sokongan, kemudian menjerit ketakutan apabila melihat keadaan Roy. "Pada ketika itu Roy kelihatan sangat panik dan cuba mencapai tali kedua untuk sampai ke garisan penamat," ka

Kesian: Masih ‘Bayi’ biarpun sudah 19 tahun

Image
Walaupun sudah berusia 19 tahun, berat badan seorang remaja dari Kampung Tok Derpah di sini, hanya 10 kilogram manakala ketinggiannya pula 102 sentimeter dan makanan hariannya ialah nestum dan susu. Bagaikan bayi, remaja lelaki itu juga memakai lampin pakai buang, tidak boleh bercakap atau berjalan menyebabkannya hanya terlantar di rumah. Begitu nasib Mohd Syafiq Jamri yang diserang demam panas sehingga kekejangan ketika berusia lima bulan menyebabkan tumbesarannya terbantut. Anak kedua daripada lapan beradik itu dijaga dengan penuh kasih sayang oleh bapanya, Jamri Che Omar, 47 serta ibunya Zaitun Abdul Rahsid, 4 0.  Kasih Bapa.. JAMRI memangku Mohd Syafiq ditemani isteri memangku seorang lagi anak mereka di rumahnya, semalam. Menurut Zaitun, dia bersyukur walaupun Mohd Syafiq hanya memakan nestum dan minum susu, anaknya itu tidak sakit dan mudah dijaga.   Source

Pembunuhan ala mafia sudah bertapak di Malaysia ?

Image
  Pembunuhan ala mafia bawa mesej besar Pe mbunuhan nekad ala mafia di lokasi pusat pentadbiran negara Putrajaya membawa mesej yang besar mengenai tahap keselamatan serta jenayah di negara ini. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid, insiden yang membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, mati ditembak sangat mengejut serta menyedihkan.   Menurutnya, walaupun negara ini sering disebut sebagai negara selamat namun tidak hanya boleh diyakini dengan retorik semata-mata. “Ini bukan pertama kali pembunuhan seperti itu dilakukan. Jika statistik dikatakan menurun namun tidak dapat dinafikan jenayah berat seperti membunuh tetap tidak menurun. “Cara membunuh nekad di siang hari dan waktu k

Kisah Paris & Prince

Image
Paris & Prince bersama keluarga Ketika isteri Michael Jackson, Debbie Rowe menandatangani dokumen untuk menyerahkan hak penjagaan dua anak mereka pada 2001, ramai pihak menyatakan kebimbangan. Namun sejak kematian Michael pada 2009, nampaknya Debbie berusaha untuk mengakrabkan hubungan dengan zuriat­nya yang lama terpisah itu. Menurut Jermaine Jackson, dia gembira apabila hubungan anak saudara­nya, Paris, 15, dengan Debbie semakin erat. Kata Jermaine, apa yang berlaku itu sangat positif. "Anak Michael perlukan ibu mereka. Saya rasa apa yang berlaku ketika ini sa­ngat baik kerana Debbie itu memang ibu kandung mereka," katanya. Debbie berkahwin de­ngan Michael antara 1996 dan 1999. Hasil perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan dua orang anak, Prince dan Paris, sebelum mereka memulakan prosiding untuk bercerai pada 1999. Pada 2001, Debbie me­ngambil tindakan lebih lanjut apabila melepaskan segala haknya ke atas Prince dan Paris yang ketika itu mas

Datuk Kejam: Jual cucu dalam Facebook

Image
Jual cucu dalam Facebook PUNJAB - Seorang datuk di sebuah perkampungan Punjab, India, bertindak menjual cucu yang baru tiga hari dilahirkan oleh anak perempuannya menerusi laman sosial Facebook. Menurut pegawai, Firoz yang dipercayai memerlukan wang, sebelum itu memaklumkan kepada anaknya, bayi berkenaan meninggal dunia sejurus dilahirkan di sebuah hospital dekat sini, awal April. Bayi lelaki yang belum dinamakan, dibeli oleh seorang ahli perniagaan di New Delhi pada harga Rs80,000 (RM45,231) melalui rundingan jual beli di laman Facebook. Firoz dipercayai ditawarkan Rs 45,000 (RM2,576) oleh seorang jururawat hospital bersama rakan sindiket pemerdagangan kanak-kanak.   Bagaimanapun menurut petikan daripada MailOnline, tindakan Firoz terbongkar selepas ibu bayi berkenaan, Noora membuat laporan polis kerana meragui wang yang diperoleh bapanya sekali gus membongkar jenayah itu di India.   Source

Menggelupur terbakar

Image
Kere t a Mangsa Yang T erbakar   Banting: Sepasang suami isteri terkejut apabila melihat seorang lelaki sedang menggelupur terbakar dalam kereta tetapi gagal menyelamatkannya kerana kenderaan itu meletup. Dalam kejadian kira-kira 6 petang di kebun kelapa sawit di Jalan Sri Gambut di sini, Khamis lalu, pasangan suami isteri berkenaan curiga melihat asap di kebun berhampiran rumah mereka. Apabila didekati mereka melihat seorang lelaki sedang menggelupur dalam keadaan terbakar dalam sebuah Perodua Kancil, namun sebaik menghampiri untuk membantu, kereta berkenaan meletup. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan berkata, sepasukan anggota polis peronda MPV dan unit forensik dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati kereta itu sudah hangus. Katanya, hasil pemeriksaan awal juga mendapati terdapat satu rangka manusia yang rentung di bahagian pemandu.   Source

Sindrom comel melanda dunia ...

Image
 Rasukan sindrom comel Selepas Gangnam Style, kini muncul satu lagi produk seni terbaru Korea Selatan, Gwiyomi yang menjadi kegilaan generasi muda di negara ini, termasuk golongan artis. Artis muda yang ‘dirasuk’ sindrom itu termasuk Wawa Zainal, Nora Danish dan Elfira Loy. Aksi Gwiyomi ketiga-tiga pelakon comel dalam laman sosial YouTube dan Keek itu dilayari hampir dua juta pengunjung sejak awal bulan ini. Gwiyomi bermaksud comel. Lagu Gwiyomi pada mulanya berasal dari band K-Pop iaitu kumpulan BtoB (Born To Beat). Tajuk asal lagu itu ialah Gwiyomi Player atau bermaksud pemain comel. Namun kehadiran artis indi negara itu, Hari menaikkan nama lagu berkenaan, seterusnya mencetus fenomena di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia. Beberapa artis muda turut memuat naik aksi Gwiyomi mereka dalam Youtube, Keek. Di negara ini, aksi Gwiyomi yang dimuat baik dalam beberapa laman sosial, terutama YouTube dan

Penculik Bayi, dirakam di CCTV

Image
Rakaman CCTV   menunjukkan seorang bayi, Salman Shaikh, berusia 2 tahu n, diculik dari tangan ibunya, ketika ibu beliau tidur di sebuah stesen kereta api di India. Walaupun episod buruk dirakam pada kamera CCTV, polis India masih gagal untuk mencari bayi atau penculik itu. Menakutkan : rakaman CCTV   menunjukkan   bayi yang diculik bersama ibunya tidur di sebuah stesen kereta api di India   Menculik : lelaki tersebut mengangkat bayi dari tidur tangan wanita berkenaan   Salman sedang tidur di sebelah ibunya Parveen Shaikh , 35, dan Sajida tiga tahun   pada 9 Mac.   Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki ber baju putih dan berseluar hitam berlegar berhampiran keluarga sebelum duduk bersebelahan dengan mereka   Lelaki itu membelai kanak-kanak itu di pangkuan beliau untuk beberapa saat   L elaki itu berjalan keluar dari stesen dengan tenang dengan bayi di tangannya   Source

Hospital terbakar, Pesakit Maut

Image
Hospital terbakar 38 maut Kakitangan Kementerian Pengawalan Kecemasan dan anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan sisa kebakaran di sebuah hospital psikiatrik di Ramensky, tenggara bandar raya Moscow, Rusia, semalam. - AGENSI   MOSCOW 26 April - Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh, kebanyakannya pesakit dalam kebakaran di sebuah hospital psikiatrik di Rusia, awal hari ini. Sumber polis yang dipetik agensi berita Itar-Tass menyatakan, kebakaran berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) di hospital itu yang terletak Ramensky, tenggara bandar raya Moscow. Insiden itu dilaporkan berlaku ketika kebanyakan pesakit sedang nyenyak tidur. Beberapa mangsa cuba menyelamatkan diri, tetapi mereka lemas akibat terhidu asap tebal," kata sumber itu. Kementerian Pengawalan Kecemasan menjelaskan, hanya tiga daripada 41 orang yang berada di dalam bangunan satu tingkat itu, berjaya menyelamatkan diri, termasuk dua pesakit.   Seoran

Nibung Tebal ; Letupan Bukan Untuk Bunuh Tapi ....

Image
Sumber: Letupan bukan untuk bunuh Penyokong-penyokong BN bahagian Nibong Tebal memerhatikan kesan letupan di perkarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di Jawi malam tadi. - Foto Bernama SHAH ALAM – Letupan bom yang berlaku di ceramah perdana Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal kelmarin, dikenal pasti bukan bertujuan untuk membunuh sebaliknya hanya untuk mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.   Menurut sumber polis, letupan bom itu boleh membunuh sekiranya bahan bom dicampur dengan paku atau besi. “Jika bahan utama membuat bom itu dicampur dengan paku atau besi, orang awam yang menjadi mangsa boleh terbunuh. “Ini kerana paku dan besi itu boleh menembusi badan seperti peluru,” katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, bom buatan sendiri atau jerangkap letupan rekaan itu hanya mendatangkan