6 Kebaikan Susu

 http://img21.imageshack.us/img21/8387/lown.png
Susu Rendah Lemak

Susu adalah minuman yang semua orang kenal sejak kecil. Ianya adalah satu bahagian penting dalam diet kita. Bemula dari kuantiti yang banyak sewaktu kecil, pengambilannya semakin berkurangan apabila kita meningkat dewasa. Sesetengah daripada kita mula menjauhkan diri dari susu kerana bimbang kandungan lemak didalamnya bakal merosakkan diet kita. Dan lebih teruk ada yang beranggapan susu hanya untuk budak kecil. 

6 Kebaikan Susu

Tapi mungkin ramai yang tidak menyedari, susu sebenarnya adalah sumber terbesar vitamin dan nutrien, dan ia mempunyai beberapa kebaikan dari sudut kesihatan, seperti berikut:

1. Mencantikan
Kulit

Cleopatra mengamalkan mandi susu untuk membantu kulitnya kekal lembut, lembut dan berseri. Kita juga boleh melakukan perkara yang sama, atau minum beberapa gelas susu setiap hari untuk mendapatkan manfaatnya. Susu mempunyai beberapa nutrien yang membantu kulit kelihatan cantik dan sihat. Ia juga mempunyai asid laktik yang boleh bertindak sebagai exfoliant dan enzim untuk membantu kulit licin serta  mempunyai asid amino yang membantu menjaga kelembapan kulit.

2. Membina
Tulang dan Gigi Yang Sihat 

Susu adalah sumber terbesar kalsium yang penting untuk tulang yang sihat. Bukan sahaja ianya perlu untuk membina tulang kanak-kanak, tetapi ianya juga perlu di ambil oleh orang dewasa untuk memastikan tulang kita kuat dan mencegah osteoporosis. Susu mampu meningkatkan ketahanan gigi serta melindungi gigi daripada kerosakan dan kaviti. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQsK_p0Y640PDefx7bbdcn4iQoRybsRr6NtoMXT1bisuSIPwJy7nmB8Hsz6fZfaijKwSE_LQVtK__QI-V4TEadMQyg_NzNooLiUusSLIfLthwb6hmE-sEl2nff9qatcQNVHxCzzU4vR3jc/s1600/produk-susu-rendah-lemak-rev1.jpg 
 Diet yang Sihat
 
3. Membina Otot

Susu mengandungi protein, yang dapat membantu untuk membina semula otot. Minum segelas susu selepas kita bersenam mampu membaiki kerosakan dalam badan dengan menambahkan semula cecair yang hilang semasa kita bersenam.

4. Menurunkan Berat Badan

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang minum susu rendah lemak atau susu tanpa lemak dapat mengurangkan berat badan lebih daripada mereka yang tidak memasukkan susu dalam diet mereka. 

5. Mengurangkan Tekanan

Susu adalah cara terbaik untuk menangani tekanan harian kita. Segelas susu suam dapat membantu merehatkan otot serta menenangkan saraf. Susu juga telah terbukti dapat mengurangkan gejala PMS dan meningkatkan tenaga. 

6. Menyihatkan Badan

Susu mempunyai nutrien yang mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan risiko strok. Ia mengurangkan pengeluaran hati terhadap kolesterol, dan juga boleh bertindak sebagai anti-asid. Vitamin A dan B di dalam susu boleh membantu membina penglihatan yang baik serta mengurangkan risiko kanser tertentu.

p/s: Kita juga bukanlah peminat susu. Tapi memandangkan khasiat susu yang begitu tinggi, kita dah menjadikan pengambilan segelas susu suam beserta madu sebagai rutin harian sebelum tidur. Mana tau boleh jadi macam Cleopatra.

1. "Rahsia" Blog
2. "Rahsia" KLIA 
3. "Rugi" Tak Cuba    
4. Hanya Untuk Wanita 
5. Tawaran Hebat 2013 
6. Siapa Cepat Dia Dapat 
7. Jangan Lepaskan Peluang Ni     

Extract From: fitday.com

Comments

  1. Replies
    1. Yummy tapi kita tak boleh plain sus..kena campur dengan something else..

      Delete
  2. aiza suka minum susu.. bila rasa lapar boleh kenyang segera hanya dengan minum susu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu aiza..minum susu ni cepat kenyang...

      Delete
  3. Mujurlah susu ibu tidak jadi komersial...jika tidak pasti jadi rebutan kerana khasiatnya dan ibu2 jadi....

    ReplyDelete
  4. fae jaranggg minum susu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. So kena rajin-rajin minum susu dari sekarang tau..

      Delete
  5. hehe..kulit cantik mcm Cleopatra..:)
    time puasa ni byk minum susu..suka yg perisa coklat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat