Bayi dicampak ibu mati dilenyek

 
 Gadis "Malang"

Ramainya orang sakit jiwa kat luar sana. Kalau semalam kisah seorang wanita China yang menikam bayi sendiri yang sedang menyusu 90 kali, kali ini kisah seorang lagi wanita di China, yang telah mencampakkan anaknya keluar dari tingkap sebuah apartmen sebelum bayi terbabit dilanggar sebuah kereta.

Rakaman kamera litar tertutup di situ menunjukkan sebuah beg berisi bayi perempuan itu terhempas ke jalan raya di pinggir bangunan. Ia kemudian dilenyek sebuah kenderaan. Ibu mangsa seorang pekerja salun rambut berusia 18 tahun melahirkan bayi itu di sebuah bilik mandi di tingkat dua bangunan berkenaan Selasa lalu.

Dia tinggal di apartmen berkenaan bersama hampir 10 penghuni lain. Mengikut sumber, sejurus selepas bersalin wanita terbabit pergi ke tangga di antara tingkat dua dan tiga sebelum mencampak bayinya dari tingkap.

Tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu mati kerana terhempas atau akibat dilanggar. Wanita itu kini ditahan atas kesalahan membunuh sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Comments

  1. Astaga..tpi kt china kn ada polisi seorg ank jer..hu3..diorg ni stress kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Tim..mungin stress lah agaknya..

      Delete
  2. hmmm gejal sosial makin teruk nowadays. pembuangan baby merata2.

    ReplyDelete
  3. tak sanggup pula nak baca Raud..kesian baby tu

    ReplyDelete
  4. Agaknya semakin maju dunia ni semakin ramai le yg gilos kot Raudzah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak-agaknya macam tulah Okje..kaya harta..kosong jiwa..

      Delete
  5. ya allah.. tak tau KA nak komen apa dah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpana dalam hati jelah KA...yang pasti memang kejam kan..

      Delete
  6. xsnggup ... >.< adoyai! mcm2 sikap kejam skrg ni..huk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Over the top aisya..dah macam bukan manusia pulak kan..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat