Bayi Maut Dipatuk Ular Tedung Ketika Tidur

 http://www.myberita.net/wp-content/uploads/2012/12/ular.jpg
 Ular Tedung

Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan maut selepas dipatuk seekor Ular ketika sedang tidur dalam kejadian di rumahnya di Kampung Gong Ubi Keling, dekat Jabi pada malam Sabtu.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 11.30 malam ketika Puteri Suhana Sata sedang tidur di ruang tamu rumah bersama ibu dan empat lagi adik-beradiknya.

Menurut ibunya, Zela Mohamad, 42,  kejadian disedari oleh anak sulungnya, Mohd Ruhaidi, 25 yang ternampak Ular berkenaan di hujung kaki anak bongsunya itu. Setelah memeriksa Puteri Suhana, beliau  mendapati kaki anak bongsu daripada 11 beradik itu berdarah manakala Ular terbabit yang dipercayai Ular tedung sudah menyusur ke tepi dinding menuju ke bahagian dapur.

Mangsa yang cedera dipatuk di kaki kiri di bawa ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut kira-kira setengah jam kemudian.

p/s: Bahaya Ular ni..


Comments

  1. Replies
    1. memang bahaya carlos...rasanya sebelum ni ada kes macam nikan..

      Delete
  2. Ya Allah..masih kecil lagi.. keluarganya kena reda dalam terpaksa.saya turut rasa simpati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Suri...tidur dalam rumah pun tak selamat..redha ajelah..

      Delete
  3. Sudah ketentuan Ilahi, innalillah..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kan mama..macam mana dia datang and patuk kaki si kecil tukan..dah memang ditakdirkan..

      Delete
  5. salam takziah, bahaya betul tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya KA..sesuatu yang mungkin kita tak sangkja akan berlaku.

      Delete
  6. Takutnya..... macamana nak elak ek kalau cam tu? Susah jugak tu!

    ReplyDelete
  7. gerun nya..kesiannya si kecik tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat