Bayi 10 Bulan, Mohammad Faqih, Maut Di Langgar Ibu
Mohd
Fitri Ngah mencium jenazah anaknya, Mohammad Faqih (gambar kecil) yang
mati selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya, ketika menuntut
mayat anaknya di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini. -
Foto Bernama
Bayi 10 Bulan Maut Di Langgar Ibu
Kalau 2 minggu yang lepas, adik Aiman maut digilis treller yang dipandu oleh bapanya, pagi tadi seorang bayi berusia 10 bulan, Muhammad Faqih Mohd Fitri, maut di langgar kereta yang dipandu oleh ibunya. Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 7.15 pagi di Kampung Bukit Besar, Terengganu ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar.
Ketika
mengundurkan kenderaan ibu mangsa tidak menyedari anak bongsu
dari enam beradik merangkak keluar ke garaj kereta di hadapan rumah dan
mereka hanya menyedari kejadian itu setelah mendengar teriakan dari
jirannya.
Bayi Maut Akibat Kecederaan Dalaman
Akibat perlanggaran itu mangsa yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Menurut bapa mangsa, biasanya anaknya tidak pernah merangkak keluar rumah namun pada pagi tadi dia merangkak sehingga ke garaj kereta.
p/s : Sudah ketentuan Allah. Takziah untuk keluarga mangsa.
ya allah... al fatihah je mama mampu sedekahkan..
ReplyDeleteTakziah utk keluarga mangsa... benda nak jadi, telah ditentukanNya.
ReplyDeleteAllah perkara yang tak di jangkakan
ReplyDeleteTakziah..
ReplyDeletesedih juga baca berita nih tadi.. alfatihah...
ReplyDeleteal-fatihah.. takziah kepada keluarga mangsa.. maut itu rahsia Allah..
ReplyDeleteInnalillah..sedih je baca..takziah bt keluarganya
ReplyDeleteal-fatihah..takziah utk keluarga mangsa..
ReplyDeleteInnalillah...kesian si ibu, takziah... semoga tabah menghadapi ujian.
ReplyDeleteAstagfirullah.. takziah utk keluarga mangsa.. Al Fatihah.. amin.
ReplyDelete