Skip to main content

Bayi 10 Bulan, Mohammad Faqih, Maut Di Langgar Ibu

Mohd Fitri Ngah mencium jenazah anaknya, Mohammad Faqih (gambar kecil) yang mati selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya, ketika menuntut mayat anaknya di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini. - Foto Bernama

Bayi 10 Bulan Maut Di Langgar Ibu


Kalau 2 minggu yang lepas, adik Aiman maut digilis treller yang dipandu oleh bapanya, pagi tadi seorang bayi berusia 10 bulan, Muhammad Faqih Mohd Fitri, maut di langgar kereta yang dipandu oleh ibunya. Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 7.15 pagi di Kampung Bukit Besar, Terengganu ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar.

Ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa tidak menyedari anak bongsu dari enam beradik merangkak keluar ke garaj kereta di hadapan rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu setelah mendengar teriakan dari jirannya.

Bayi Maut Akibat Kecederaan Dalaman


Akibat perlanggaran itu mangsa yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Menurut bapa mangsa, biasanya anaknya
tidak pernah merangkak  keluar rumah namun pada pagi tadi dia merangkak sehingga ke garaj kereta.


Comments

  1. ya allah... al fatihah je mama mampu sedekahkan..

    ReplyDelete
  2. Takziah utk keluarga mangsa... benda nak jadi, telah ditentukanNya.

    ReplyDelete
  3. Allah perkara yang tak di jangkakan

    ReplyDelete
  4. sedih juga baca berita nih tadi.. alfatihah...

    ReplyDelete
  5. al-fatihah.. takziah kepada keluarga mangsa.. maut itu rahsia Allah..

    ReplyDelete
  6. Innalillah..sedih je baca..takziah bt keluarganya

    ReplyDelete
  7. al-fatihah..takziah utk keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  8. Innalillah...kesian si ibu, takziah... semoga tabah menghadapi ujian.

    ReplyDelete
  9. Astagfirullah.. takziah utk keluarga mangsa.. Al Fatihah.. amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat