Gadis Ini Punya Muka Di Bahu
Muka Di Bahu
Sama seperti, lelaki yang mempunyai hidung di dahi seorang gadis yang berasal dari Fujina China, mempunyai muka dibahu. Gadis berusia tujuh belas ini, mengalami kerosakan tahap kritikal di wajahnya apabila beliau terlibat dalam satu kebakaran semasa berusia lima tahun. Hampir 98% mukanya telah mengalami kerosakan.
Setelah hampir sebelas tahun menderita, seorang doktor telah mencadangkan beliau menjalani prosedur untuk "menukar wajah" dalam satu operasi yang mempunyai tiga peringkat. Peringkat pertama adalah untuk "mewujudkan dan membina" muka baru beliau yang akan dipindahkan ke atas bahunya; seterusnya, saluran darah berkaitan dengan "wajah baru" dipotong; akhirnya, peringkat ketiga adalah untuk "menukar wajah" dan pemindahan "muka baru" ke tempat asal dan pada masa yang sama membina semula tiga dimensi muka dan organ-organ deria itu.
Muka Baru Mei Berkembang Baik
Operasi "membina wajah baru" mei, bermula pada November tahun lepas. Selepas setahun, "muka baru " mei menunjukkan satu perkembangan yang amat baik. Tidak ada sebarang komplikasi. Para doktor berkata bahawa pemindahan "wajah baru" beliau yang kini berada di bahu akan dilakukan pada bulan depan. Hanya setelah pemindahan ini berlaku, Mei akan berupaya menunjukkan pelbagai expresi muka.
macam-macam kejadian pelik kan raudzah..
ReplyDeleteYup semuanya berlaku dengan izin Allah kan Aida..
Deletemoga Mei dapat wajah baru yang sempurna :)
ReplyDeleteHarapan untuk Mei..
DeleteMmg kreatif org cina ni kan.. bukti Allah tu bijak cipta akal manusia...
ReplyDeleteBetul tu Maria..Allah kurniakan akal untuk kita berfikir demi kehidupan yang lebih sempurna..
DeleteMacam macamlahkan Raudzah dunia sekarang ni.... Habis tu muka yang ada sekarang ni..... nak buat apa yeh?
ReplyDeleteSesuatu yang menarikkan Okje..kita pun tak pasti...nanti kita tunggu resul dia net month ya..
DeleteBetapa hebatkannya akal manusia ditambah dengan teknologi yang membolehkan pelbagai perkara berlaku kan..
ReplyDeleteBetul tu wanie...semuanya dengan izin Allahkan..
DeleteAlhamdulillah, sebaik ciptaan dan kejadian itu hanyalah Allah SWT.
ReplyDeleteBetul tu cikgu..
Deletesemoga pemindahan muka itu selamat..
ReplyDeleteHarapan Mei dan ramai orang Aiza..
Deleteaduhai...peliknyer..
ReplyDeletePelik tapi benar sis..
DeleteIlmu Allah yg diturunkan kpd manusia.. subhanallah. Salam Jumaat Raudzah.
ReplyDeleteBetul tu Khir and Salam Jumaat to you too..
DeleteIlmu Allah yang dipelajari manusia.
ReplyDeleteSemoga beliau dapat muka dan semangat yang baru
Yup harapan Mei izzat..
Deletebahagian masing masing susah nak katakan..
ReplyDeleteBetul tu suri..
DeletePelik-pelik betul Cina ni. Rasanya teknologi "alih hidung" alih muka macam ni hanya ada di China.
ReplyDeletecukup menginsafkan perbuatan mereka ini..mengubah sesuatu ciptaan Allah SWT
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga kehidupan Mei akan lebih bermakna dengan operasi membina wajah baru ini dengan izin Allah tentunya
ReplyDelete