Gadis Ini Punya Muka Di Bahu

 "Muka Baru" Yang Terletak Di Bahu

Muka Di Bahu


Sama seperti, lelaki yang mempunyai hidung di dahi seorang gadis yang berasal dari Fujina China, mempunyai muka dibahu. Gadis berusia tujuh belas ini, mengalami kerosakan tahap kritikal di wajahnya apabila beliau terlibat dalam satu kebakaran semasa berusia lima tahun. Hampir 98% mukanya telah mengalami kerosakan.

Setelah hampir sebelas tahun menderita, seorang doktor telah mencadangkan beliau menjalani prosedur untuk "menukar wajah" dalam satu operasi yang mempunyai tiga peringkat. Peringkat pertama adalah untuk "mewujudkan dan membina" muka baru beliau yang akan dipindahkan ke atas bahunya; seterusnya, saluran darah berkaitan dengan "wajah baru" dipotong; akhirnya, peringkat ketiga adalah untuk "menukar wajah" dan pemindahan "muka baru" ke tempat asal dan pada masa yang sama membina semula tiga dimensi muka dan organ-organ deria itu.

Muka Baru Mei Berkembang Baik


Operasi "membina wajah baru" mei, bermula pada November tahun lepas. Selepas setahun,  "muka baru " mei menunjukkan satu perkembangan yang amat baik. Tidak ada sebarang komplikasi.  Para doktor berkata bahawa pemindahan "wajah baru" beliau yang kini berada di bahu akan dilakukan pada bulan depan. Hanya setelah pemindahan ini berlaku, Mei akan berupaya menunjukkan pelbagai expresi muka.

Comments

  1. macam-macam kejadian pelik kan raudzah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup semuanya berlaku dengan izin Allah kan Aida..

      Delete
  2. moga Mei dapat wajah baru yang sempurna :)

    ReplyDelete
  3. Mmg kreatif org cina ni kan.. bukti Allah tu bijak cipta akal manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Maria..Allah kurniakan akal untuk kita berfikir demi kehidupan yang lebih sempurna..

      Delete
  4. Macam macamlahkan Raudzah dunia sekarang ni.... Habis tu muka yang ada sekarang ni..... nak buat apa yeh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuatu yang menarikkan Okje..kita pun tak pasti...nanti kita tunggu resul dia net month ya..

      Delete
  5. Betapa hebatkannya akal manusia ditambah dengan teknologi yang membolehkan pelbagai perkara berlaku kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wanie...semuanya dengan izin Allahkan..

      Delete
  6. Alhamdulillah, sebaik ciptaan dan kejadian itu hanyalah Allah SWT.

    ReplyDelete
  7. semoga pemindahan muka itu selamat..

    ReplyDelete
  8. aduhai...peliknyer..

    ReplyDelete
  9. Ilmu Allah yg diturunkan kpd manusia.. subhanallah. Salam Jumaat Raudzah.

    ReplyDelete
  10. Ilmu Allah yang dipelajari manusia.
    Semoga beliau dapat muka dan semangat yang baru

    ReplyDelete
  11. bahagian masing masing susah nak katakan..

    ReplyDelete
  12. Pelik-pelik betul Cina ni. Rasanya teknologi "alih hidung" alih muka macam ni hanya ada di China.

    ReplyDelete
  13. cukup menginsafkan perbuatan mereka ini..mengubah sesuatu ciptaan Allah SWT

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. semoga kehidupan Mei akan lebih bermakna dengan operasi membina wajah baru ini dengan izin Allah tentunya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat