8 Berita Paling Hangat Di Malaysia Tahun 2013

http://rightways.files.wordpress.com/2013/03/general-election-13_pru-13.jpg
PRU 13

8 Berita Paling Hangat Di Malaysia Tahun 2013 


8 Berita Paling Hangat Di Malaysia Sepanjang Tahun 2013 adalah siri ketiga rentetan peristiwa yang menjadi pilihan Blog Santai untuk untuk dikongsi dengan you all semua. Kalau dalam Siri 1 dan Siri 2 kita memilih untuk berkongsi peristiwa-peristiwa yang berlaku di luar negara sepanjang tahun 2013, kali ini kita akan berkongsi beberapa peristiwa-peristiwa gempar yang berlaku di dalam negara kita sepanjang tahun 2013.

Kalau ada yang tak berkesempatan membaca dua berita terdahulu boleh tengok di sini ya:
 

 2013's biggest Malaysian headlines
Berita Pencerobohan Bersenjata Di Lahad Datu, Sabah

Pada bulan Februari 2013, Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, mengarahkan pencerobohan bersenjata ke atas Sabah untuk membuat tuntutan ke atas negeri tersebut. Berikutan ketegangan yang timbul, pasukan keselamatan Malaysia telah mengarahkan sebahagian besar anggota tentera ke Lahad Datu untuk menangani pencerobohan tersebut. Puluhan tentera telah meninggal dunia di kedua-dua belah pihak di dalam konfrontasi tersebut yang dianggap antara yang terdahsyat dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Al-fatihah untuk tentera kita yang terkorban.

 
Berita Pembunuhan Ala Mafia Di Malaysia

25 April 2013: Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak dari jarak dekat berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya oleh pembunuh upahan.

 http://www.straitstimes.com/sites/straitstimes.com/files/imagecache/story-gallery-featured/27818438e.jpg 
 Berita Penggunaan Dakwat kekal Dalam Pilihanraya Malaysia

5 Mei 2013: Penggunaan Dakwat kekal buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya malaysia yang menimbulkan pelbagai spekulasi. Dakwat kekal yang tak kekal!!! 

 Top 10 news in Malaysia in 2013
 Berita Perhimpunan Black 505

Pada malam Mei 8 2013, tiga hari selepas BN memenangi pilihan raya umum, Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan raksasa yang dihadiri oleh kira-kira 50,000 orang. Kebanyakan mereka berpakaian hitam, sebagai protes terhadap pelbagai tuntutan salah laku semasa pemilihan. Perhimpunan untuk pilihan raya yang bebas dan adil anjuran Pakatan Rakyat (PR) itu diadakan di Stadium MBPJ di Kelana Jaya.

 2013's biggest Malaysian headlines
Berita Jerebu Terburuk Dalam Masa 16 Tahun

Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan darurat di daerah Johor dan juga di Ledang pada pagi Ahad, 23 Jun 2013 apabila Indeks pencemaran udara di Muar telah mencecah bacaan 750. Bacaan tersebut adalah yang kedua tertinggi selepas krisis jerebu yang  berlaku pada tahun 1997-1998 dengan bacaan 860. 

2013's biggest Malaysian headlines
Berita Kemalangan Bas Di Genting Highlands

Kemalangan jalan raya paling dahsyat di Malaysia berlaku 21 Ogos 2013, apabila  sebuah bas yang membawa 53 penumpang menjunam 60 meter ke dalam gaung berhampiran Kuil Chin Swee dalam di destinasi pelancongan yang popular, Genting Highlands. Seramai 37 orang telah terbunuh sementara ramai yang lain cedera.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0AL9o8t5yO_bKxgLHHxmkimKk4-rCYIF4uNMPebF0G3-BZum7Yy6KaxkAg34nDzy7h4Q5mCxsWhv6aC5MFGcjz2x7dchNeupCgbH07WqgdjkLJiJI8GwlMiwYOZI1j8dTnSDYmgtofAEr/s640/pembunuh.png 
 Berita Pembunuhan Kejam Oleh Pengawal Keselamatan

24 October 2013 : Pembunuhan kejam kakitangan Ambank oleh pengawal keselamatan rakyat Indonesia (Ardi Bin Hamza) yang memegang kerakyatan palsu rakyat Malaysia. 

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGUliqChasE26LU8V9N_6jnB7ZHQl4QLwRkh55mG_j4vlclFTprz_o_M-WV18go8ONIjZj3tMmxnKgXLNZtGY07WA5k0MFNl-9RwWLtQPoe34HyCI2aEMewUQbMn_IN0I_xjQNMTT5boY/s1600/kuantan1.png 
 Berita Banjir Terburuk Di Kuantan Dan Kemaman

2 Disember 2013: Banjir Terburuk yang melanda Pahang Dan Terengganu telah melumpuhkan bandar Kuantan dan Kemaman. Seramai lebih 40,000 penduduk dipindahkan dan banyak harta benda yang musnah.

Comments

  1. macam2 yang jadi skg... takut je.. penjenayah makin kejam.. bencana alam pon berlaku xkira tempat dah.. seramm je..

    ReplyDelete
  2. PRU pun dah selesai...
    Hopefully tahun 2014 negara nie lebih Aman, Tenang, dan makmur...
    walaupun rakyatnya sedikit sengsara sebab kenaikan kos sara hidup.. ;D

    ReplyDelete
  3. paling sedih pasal anggota keselamatan kita dalam insiden LD tu sis..:'(

    ReplyDelete
  4. Inilah berita dan kejadian terhangat dinegara ini. Tepat sekali!

    ReplyDelete
  5. kes lahad datu sampai sekarang masih tidak diketahui siapa dalangnya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. *syukurlah malaysia masih aman*..

    ReplyDelete
  7. semuanya menarik.. pahit dan manis sepanjang 2013.. menabung 2inti&1churp2.. :D

    ReplyDelete
  8. Teringat peristiwa2 tu...rasa kejap aje 2013 berlalu...dah nak sampai penghujungnya..

    ReplyDelete
  9. Semoga tahun 2014 ini berjalan dlm keadaan aman.. aamiin..

    ReplyDelete
  10. hmmm, pasal kes LD tu, masih terasa lg bahangnya sbb kta tinggal kat sini kan, ada hari tu khabar angin mundu dkt kg, x pasal2 bkubu bawah rumah..huhu..

    ReplyDelete
  11. Memang populariti berita ini sangat panas.

    ReplyDelete
  12. DAPATKAN PINJAMAN ANDA DALAM AKAUN BANK ANDA DALAM 24 JAM MOHON SEKARANG






    Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman dari syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang untuk kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui e-mel:
    fardshah00@gmail.com

    (1) Nama Penuh
    (2) Alamat Penuh
    (3) Negara
    (4) Umur
    (5) Pekerjaan
    (6) Beritahu nombor telefon
    (7) Seks:
    (8) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    (9) Tempoh Pinjaman

    Email kami di: fardshah00@gmail.com

    ReplyDelete
  13. PINJAMAN FAST AND AFFORDABLE AT 3% KADAR FAEDAH MOHON SEKARANG




    Adakah anda memerlukan pinjaman segera kami menawarkan pinjaman di seluruh dunia untuk yang memerlukan pinjaman peluang perniagaan yang anda mempunyai yang cari adalah di sini lagi. e-mel kami di: homefund01@gmail.com
    BORANG PERMOHONAN PINJAMAN
    1) Nama Penuh:
    2) Jenis Kelamin:
    3) Jumlah Pinjaman Diperlukan :.
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Telefon:
    8) Pendapatan Bulanan:
    9) Pekerjaan:
    ) Yang adakah anda di sini tentang kami.

    Selamat sejahtera.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat