MH370 : Mampukah Kotak Hitam Merungkai Misteri

MH370 
Pesawat MH370

Mampukah Kotak Hitam Merungkai Misteri


Setelah Pesawat MH370 disahkan hilang di lautan Hindi, tumpuan kini beralih kepada pencarian kotak hitam MH370. Mampukah kotak hitam milik MH370 merungkai misteri kehilangan pesawat malang tersebut? 

Inilah persoalan yang bermain di minda setiap rakyat Malaysia yang mengikuti secara dekat detik-detik kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac  yang lalu. Kita tidak pasti samada ianya mampu merungkaikan persoalan ini, namun satu yang pasti adalah tugas mencari Kotak Hitam ini bakal berdepan dengan cabaran sukar memandangkan situasi Lautan Hindi yang begitu ganas.
 

Foto 
Misteri Kotak Hitam MH370

Pencarian Sukar Kotak Hitam


Kedalaman Lautan Hindi yang mencecah hampir 7000 meter serta Ketinggian ombak yang boleh mencecah setinggi gunung disertai dengan angin yang begitu kuat pastinya memberi cabaran besar kepada usaha mencari serpihan mahupun kotak hitam. Keletihan pihak SAR dan daya ketahanan anak kapal juga mungkin menjadi antara faktor yang menyukarkan. Untuk mendapatkan imej yang tepat, mereka mungkin terpaksa berdiri di tingkap dengan keadaan pesawat/kapal yang bergoyang-goyang. Ini pastinya meletihkan. Keadaan matahari yang condong dan mewujudkan bayang-bayang juga pastinya akan merumitkan lagi  pencarian menggunakan mata kasar. 

Kawasan pencarian begitu jauh dan terpencil. Perjalanan pergi dan balik ke dari pengkalan kawasan tempat mencari yang mengambil masa selama 8 jam, memburukkan lagi keadaan kerana pasukan pencari mungkin hanya ada dua jam sahaja untuk proses mencari. Dalam keadaan laut yang bergelora, peluang untuk menemui serpihan pesawat dan juga kotak hitam mungkin sukar.

http://merdeka-online.com/home/wp-content/uploads/2014/03/ribut.png 
Taufan Tropika Gilian

Taufan Tropika Gilian


Taufan Tropika Gillian yang melanda lautan Hindi pada ketika ini, menambahkan lagi kesukaran kepada pasukan SAR. Ianya membawa angin kencang dan ombak besar di kawasan tempat pencarian. Keadaan ini tidak selamat untuk anak kapal. Jadi kerja-kerja pencarian terpaksa dihentikan untuk beberapa hari.  

Dengan baki 12 hari yang tinggal, mampukah kotak hitam ditemui? Apakah Kotak Hitam masih mampu berfungsi dengan baik dengan tekanan laut yang begitu kuat dan bergelora? 

Walaupun perjalanannya nampak begitu sukar, namun sebagai seorang Islam, kita harus percaya tidak ada suatu pun yang mustahil jika Allah izinkan ianya berlaku. Yang pasti kita semua harus berdoa semoga proses pencarian kotak hitam dipermudahkan dan misteri kehilangan Pesawat MH370 terlerai.

Comments

  1. Semoga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. semoga sgala urusan dipermudahkan...=harap jumpa kotak hitam tu.

    ReplyDelete
  3. harap2 cepat la kes ni diselesaikan .. al fatihah buat mangsa yg terkorban..
    klik nuffnang akak :)

    ReplyDelete
  4. Hanya kotak hitam bakal merungkai segalanya...InsyaAllah...kita berusaha Allah juga yang menentukannya..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. In shaa Allah. semoga Allah SWT permudahkan urusan pencarian pesawat dan juga kotak hitam tersebut....

    ReplyDelete
  6. salam. sedih . semoga semuanya dipermudahkan..harap kotak hitam dapat dijumpai secepat mungkin..aminn

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan dgn izinNya...

    ambil isi tabong :)

    ReplyDelete
  8. erm.....semoga segala misteri itu terungkai....sedihlah.. :'(

    ReplyDelete
  9. doakan semoga bertemu dengan kotak hitam itu..

    ReplyDelete
  10. Semoga segala urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  11. Moga dipermudahkan dlm pencarian kotak hitam
    Dunia tak sabar nak tau apa sebenar nta yg berlaku dalam aircraft tu...

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah...kotak hitam akan dijumpa, tapi dapatkah ianya merungkai misteri andai ianya juga dimatikan... (eh...boleh ke kotak hitam ini dimatikan?)

    ReplyDelete
  13. insyallah, tak mustahil untuk jumpa kotak hitam tu,semoga ianya dipermudahkan oleh allah..amin..

    ReplyDelete
  14. Sama2lah kita semua berdoa agar dipermudahkan segala usaha pencarian tersebut & diberi keselamatan kpd semua anggota yg terlibat... aamiin...

    ReplyDelete
  15. semoga pasukan mencari dipermudahkan urusan mereka n semoga mereka selamat kembali...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat