Pesawat MH370
Mampukah Kotak Hitam Merungkai Misteri
Setelah Pesawat MH370 disahkan hilang di lautan Hindi, tumpuan kini beralih kepada pencarian kotak hitam MH370. Mampukah kotak hitam milik MH370 merungkai misteri kehilangan pesawat malang tersebut?
Inilah persoalan yang bermain di minda setiap rakyat Malaysia yang mengikuti secara dekat detik-detik kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac yang lalu. Kita tidak pasti samada ianya mampu merungkaikan persoalan ini, namun satu yang pasti adalah tugas mencari Kotak Hitam ini bakal berdepan dengan cabaran sukar memandangkan situasi Lautan Hindi yang begitu ganas.
Misteri Kotak Hitam MH370
Pencarian Sukar Kotak Hitam
Kedalaman Lautan Hindi yang mencecah hampir 7000 meter serta Ketinggian ombak yang boleh mencecah setinggi gunung disertai dengan angin yang begitu kuat pastinya memberi cabaran besar kepada usaha mencari serpihan mahupun kotak hitam. Keletihan pihak SAR dan daya ketahanan anak kapal juga mungkin menjadi antara faktor yang menyukarkan. Untuk mendapatkan imej yang tepat, mereka mungkin terpaksa berdiri di tingkap dengan keadaan pesawat/kapal yang bergoyang-goyang. Ini pastinya meletihkan. Keadaan matahari yang condong dan mewujudkan bayang-bayang juga pastinya akan merumitkan lagi pencarian menggunakan mata kasar.
Kawasan pencarian begitu jauh dan terpencil. Perjalanan pergi dan balik ke dari pengkalan kawasan tempat mencari yang mengambil masa selama 8 jam, memburukkan lagi keadaan kerana pasukan pencari mungkin hanya ada dua jam sahaja untuk
proses mencari. Dalam keadaan laut yang bergelora, peluang untuk menemui serpihan pesawat dan juga kotak hitam mungkin sukar.
Taufan Tropika Gillian yang melanda lautan Hindi pada ketika ini, menambahkan lagi kesukaran kepada pasukan SAR. Ianya membawa angin kencang dan ombak besar di kawasan tempat pencarian. Keadaan ini tidak selamat untuk anak kapal. Jadi kerja-kerja pencarian terpaksa dihentikan untuk beberapa hari.
Dengan baki 12 hari yang tinggal, mampukah kotak hitam ditemui? Apakah Kotak Hitam masih mampu berfungsi dengan baik dengan tekanan laut yang begitu kuat dan bergelora?
Walaupun perjalanannya nampak begitu sukar, namun sebagai seorang Islam, kita harus percaya tidak ada suatu pun yang mustahil jika Allah izinkan ianya berlaku. Yang pasti kita semua harus berdoa semoga proses pencarian kotak hitam dipermudahkan dan misteri kehilangan Pesawat MH370 terlerai.
Taufan Tropika Gilian

Semoga segalanya dipermudahkan...
ReplyDeleteLet's Pray MK...
Deletesemoga sgala urusan dipermudahkan...=harap jumpa kotak hitam tu.
ReplyDeleteMoga dipermudahkan Allah..
Deleteharap2 cepat la kes ni diselesaikan .. al fatihah buat mangsa yg terkorban..
ReplyDeleteklik nuffnang akak :)
Thanks Licha...
DeleteHanya kotak hitam bakal merungkai segalanya...InsyaAllah...kita berusaha Allah juga yang menentukannya..
ReplyDeleteAssalamualaikum. In shaa Allah. semoga Allah SWT permudahkan urusan pencarian pesawat dan juga kotak hitam tersebut....
ReplyDeletesalam. sedih . semoga semuanya dipermudahkan..harap kotak hitam dapat dijumpai secepat mungkin..aminn
ReplyDeletesemoga dipermudahkan dgn izinNya...
ReplyDeleteambil isi tabong :)
erm.....semoga segala misteri itu terungkai....sedihlah.. :'(
ReplyDeletedoakan semoga bertemu dengan kotak hitam itu..
ReplyDeleteSemoga segala urusan dipermudahkan
ReplyDeleteMoga dipermudahkan dlm pencarian kotak hitam
ReplyDeleteDunia tak sabar nak tau apa sebenar nta yg berlaku dalam aircraft tu...
InsyaAllah...kotak hitam akan dijumpa, tapi dapatkah ianya merungkai misteri andai ianya juga dimatikan... (eh...boleh ke kotak hitam ini dimatikan?)
ReplyDeleteinsyallah, tak mustahil untuk jumpa kotak hitam tu,semoga ianya dipermudahkan oleh allah..amin..
ReplyDeleteSama2lah kita semua berdoa agar dipermudahkan segala usaha pencarian tersebut & diberi keselamatan kpd semua anggota yg terlibat... aamiin...
ReplyDeletesemoga pasukan mencari dipermudahkan urusan mereka n semoga mereka selamat kembali...
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالرياض
شركة كشف تسربات بالرياض
شركة عزل اسطح بالرياض
شركة تسليك مجاري بالرياض
شركة تنظيف كنب بالرياض
شركة تنظيف مساجد بالرياض
شركة تنظيف سجاد بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالرياض