Pesawat MAS MH370: Mengapa Jadi Macam Ni ?
Lokasi Terakhir Pesawat MAS MH370
Pesawat MH370: 5 Beg Vs 4 Beg Vs 0 Beg
Misteri kehilangan Pesawat MAS MH370 bertambah keliru apabila jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan kini mejadi persoalan.
Pihak MAS sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya. Namun semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hasil siasatan yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), mengesahkan kesemua penumpang yang membeli tiket menaiki pesawat.
Selepas dua jam, ketua Polis Negara membuat kenyataan, pihak MAS sekali lagi mengeluarkan kenyataan hanya empat penumpang yang mempunyai tiket sah tidak menaiki pesawat. Jadi sekarang kenyataan mana yang betul? Dan siapakah penumpang yang membeli tiket tapi tidak menaiki pesawat?
P/s: Mengapa jadi macam ni. Apakah tidak ada koordinasi dipihak atasan untuk mengendalikan isu kehilangan Pesawat MAS MH370. Kenyataan yang bercanggah akan menyulitkan lagi keadaan.
Pesawat MAS MH370 Hilang Di Pulau Perak Bukan Di Vietnam
Dalam satu lagi perkembangan, DCA telah mengesahkan bahawa mereka gagal mengesan radar pesawat pada pukul 1.30 pagi bukan 2.40 pagi seperti yang dinyatakan sebelum ini. Dan lokasi terakhir adalah di Pulau Perak (Setelah MH370 menukar haluan) bukan di Pulau Phu Quoc, barat daya Vietnam. Adakah ini bermakna operasi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH 370 dilakukan ditempat yang salah?
Difahamkan Kerajaan Vietnam telah menghentikan aktiviti pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) di perairan mereka sementara menunggu jawapan dari Malaysia mengenai kedudukan terakhir pesawat itu.
p/s: Mengapa terlalu banyak informasi yang bercanggah. Mungkin ini adalah ujian dari Allah. Hanya doa yang mampu kita semua rakyat Malaysia lakukan untuk keselamatan semua mangsa.
even U students here in brunei pun buat solat hajat supaya MH370 kembali ditemui...
ReplyDeletefakta macam keluar undur balik, keluar undur balik, i don't know why but i feel something is going on and something is being hide, tapi tak taulah, wallahualam...
ReplyDeleteberdoa setiap hari berharap MH370 ditemui..
ReplyDeleteSememangnya mengelirukan... hanya Allah jua yg mengetahui.. mudah2an diberi petunjuk kpd kita semua... aamiin.
ReplyDeletekita terus berdoa agar dipermudahkan segala usaha pencarian.. amin..
ReplyDeleteitulah sis...byak sgt spkulasi.. mcm ada agenda tersembunyi..
mnabung colgate x2
pihak ne keluar kenyataan lain, pihak satu lagi keluar kenyataan lain..pastu bercanggah.kite yg dgr pun naik pening..huhu
ReplyDeletememang mengelirukan...pelbagai spekulasi lagi yang akan keluar lepas nie
ReplyDeleteinsyaallah...mudah-mudahan selamat
ReplyDeletekenyataan semua bercanggah... tak tau apa yang jadi sebenarnya... ada pihak nak putar belit situasi pon xtau lah..
ReplyDeletebanyak spekulasi dan banyak juga kenyataan yang dibuat, hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya.. semoga dipermudahkan oleh Allah urusan mencari pesawat yang hilang itu..
ReplyDeletex tau la mana satu...wartawan2 tu plak kdg2 tanya benda yg sama je...dah cakap awal2 tanya lagi...semoga dipermudahkan segala urusan mencari ni...
ReplyDeleteTragedi ini banyak membuka pekong Msia dimata dunia...
ReplyDeletebila kenyataan bercanggah ditambahkan lagi dengan pelbagai spekulasi buat semua orang pening je kan...teruskan je berdoa agar MH370 ditemui
ReplyDeletelondon university for you :)
ReplyDeletebile ada kenyataan yang bercanggah lagi meyulitkan pasukan penyelamat nak mencari pesawat tu
ReplyDelete