Pesawat MH370: Aksi Raja Bomoh "Haram"
Aksi Raja Bomoh
Pesawat MH370: Khidmat Aksi Bomoh
Kita pasti ramai yang tau, khidmat Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Mat Zain telah digunakan sebagai salah satu ikhtiar untuk mencari Pesawat MAS MH370 yang hilang sejak Sabtu. Penggunaan raja bomoh yang katanya diundang oleh salah seorang pemimpin tertinggi negara telah mengundang kritikan hebat sejak mula perkhidmatannya dipertontonkan dikhalayak ramai di KLIA. Aksi mereka juga telah diparodikan dan menjadi trending di laman sosial. Antaranya aksi-aksi dibawah:
Aksi Raja Bomoh Bersama Teropong Ajaib
Aksi Raja Bomoh Bersama Tikar Terbang Ajaib
Aksi Raja Bomoh Mendayung Mencari MH370
Pesawat MH370 Tergantung Di Antara Tiga Negara
Pada hari pertama aksi ritual tersebut dijalankan di KLIA, Raja Bomoh Mat Zain mendakwa Pesawat MAS MH370 kini 'tergantung' di antara tiga buah negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti. Namun mengikut teropong beliau pesawat tersebut berada dalam keadaan selamat. Alhamdulillah..
Kaedah Raja Bomoh Tidak Ikut Syarak
Bagi kita sendiri, kita percaya bahawa tak ada salahnya mencari alternatif solution selagi ianya tak bertentangan dengan hukum syarak. Dalam Islam sendiri sememangnya ada cara untuk kita mendapatkan pertolongan Allah. Solat Hajat adalah yang terbaik. Yang penting kena yakin dengan apa yang kita lakukan.
Dan kita amat menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM semalam. Menurut JAKIM:
Kaedah bomoh yang digunakan untuk mencari penerbangan MH370 yang hilang jelas adalah bercanggah dengan amalan Islam. Rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Alat-alat yang digunakan juga mempunyai unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam.
Semoga JAKIM dapat melakukan sesuatu. Bukan hanya mengeluarkan kenyataan kerana kita tidak mau umat Islam terpengaruh dan mengamalkan upacara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ianya boleh mengundang kemurkaan Allah.
ho yehh..apalah dema betul ke tak heeee..sabau jelah
ReplyDeleteline tiga kali, lipstik 3 kali yeah...
ReplyDeletePerbuatan mereka tu mmg syirik. Apa yang kita boleh buat skung ni adalah berdoa dan tawakal sahaja kepada allah. Bukan dengan cara bomoh2 ni. Sedih dengan pemikiran mereka :(
ReplyDeleteawksweetgitu.blogspot.com :)
hehe.. macam2 cara...
ReplyDeletentah pape ntah...buat malu je
ReplyDeletejgn malu kan negara..
ReplyDeleteyang ne memang jelas bertentangan dengan syarak..haish..
ReplyDeletesatu dunia kot tengok..wat malu je..
Hehee.. mmg pun.. ntah idea siapalah tu.. lepas ni kita tunggu 'bangsi ajaib' pulak... baru lengkap teori Do Re Mi.. :D
ReplyDeleteNa'uzubillah... sungguh jauhkanlah dari perbuatan syirik.
ReplyDeleteIni kalau CNN buat liputan bukan aje memalukan tapi nampak sangat negara kita macam primitive pulak dikatakan oleh mereka
haish.. macam2.. ni peminat cerit alaksamana do re mi la ni.. tikar pandan terbang sudah, teropong ajaib sudah.. lepas ni kita tunggu bila nk keluar bangsi ajaib plak.. hehehe
ReplyDeletememalukan negara je..tak pasal pasal isu sedih jadi bahan lawak
ReplyDeleteserius...amat memalukan...
ReplyDeletetidak sepatutnya mereka dibenarkan melakukan ritual sebegitu, secara tidak langsung memberi gambaran negatif terhadap agama islam juga.. menabung london, churp2, komli..
ReplyDelete