Pesawat MH370: Aksi Raja Bomoh "Haram"

Embedded image permalink
Aksi Raja Bomoh

Pesawat MH370: Khidmat Aksi Bomoh 


Kita pasti ramai yang tau, khidmat Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Mat Zain telah digunakan sebagai salah satu ikhtiar untuk mencari Pesawat MAS MH370 yang hilang sejak Sabtu. Penggunaan raja bomoh yang katanya diundang oleh salah seorang pemimpin tertinggi negara telah mengundang kritikan hebat sejak mula perkhidmatannya dipertontonkan dikhalayak ramai di KLIA. Aksi mereka juga telah diparodikan dan menjadi trending di laman sosial. Antaranya aksi-aksi dibawah:

'Raja Bomoh' turut bantu cari MH370
Aksi Raja Bomoh Bersama Teropong Ajaib
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/03/Raja-Bomoh.jpg
Aksi Raja Bomoh Bersama Tikar Terbang Ajaib
http://www.scmp.com/sites/default/files/styles/980w/public/2014/03/12/zin.jpg?itok=HunLvYs9
Aksi Raja Bomoh Mendayung Mencari MH370

Pesawat MH370 Tergantung Di Antara Tiga Negara


Pada hari pertama aksi ritual tersebut dijalankan di KLIA, Raja Bomoh Mat Zain mendakwa Pesawat MAS MH370 kini 'tergantung' di antara tiga buah negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti. Namun mengikut teropong beliau pesawat tersebut berada dalam keadaan selamat. Alhamdulillah..

Kaedah Raja Bomoh Tidak Ikut Syarak


Bagi kita sendiri, kita percaya bahawa tak ada salahnya mencari alternatif solution selagi ianya tak bertentangan dengan hukum syarak. Dalam Islam sendiri sememangnya ada cara untuk kita mendapatkan pertolongan Allah. Solat Hajat adalah yang terbaik. Yang penting kena yakin dengan apa yang kita lakukan

Dan kita amat menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM semalam. Menurut JAKIM:

Kaedah bomoh yang digunakan untuk mencari penerbangan MH370 yang hilang jelas adalah bercanggah dengan amalan Islam. Rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Alat-alat yang digunakan juga mempunyai unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam.

Semoga JAKIM dapat melakukan sesuatu. Bukan hanya mengeluarkan kenyataan kerana kita tidak mau umat Islam terpengaruh dan mengamalkan upacara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ianya boleh mengundang kemurkaan Allah.


Comments

  1. ho yehh..apalah dema betul ke tak heeee..sabau jelah

    ReplyDelete
  2. line tiga kali, lipstik 3 kali yeah...

    ReplyDelete
  3. Perbuatan mereka tu mmg syirik. Apa yang kita boleh buat skung ni adalah berdoa dan tawakal sahaja kepada allah. Bukan dengan cara bomoh2 ni. Sedih dengan pemikiran mereka :(

    awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  4. yang ne memang jelas bertentangan dengan syarak..haish..
    satu dunia kot tengok..wat malu je..

    ReplyDelete
  5. Hehee.. mmg pun.. ntah idea siapalah tu.. lepas ni kita tunggu 'bangsi ajaib' pulak... baru lengkap teori Do Re Mi.. :D

    ReplyDelete
  6. Na'uzubillah... sungguh jauhkanlah dari perbuatan syirik.
    Ini kalau CNN buat liputan bukan aje memalukan tapi nampak sangat negara kita macam primitive pulak dikatakan oleh mereka

    ReplyDelete
  7. haish.. macam2.. ni peminat cerit alaksamana do re mi la ni.. tikar pandan terbang sudah, teropong ajaib sudah.. lepas ni kita tunggu bila nk keluar bangsi ajaib plak.. hehehe

    ReplyDelete
  8. memalukan negara je..tak pasal pasal isu sedih jadi bahan lawak

    ReplyDelete
  9. tidak sepatutnya mereka dibenarkan melakukan ritual sebegitu, secara tidak langsung memberi gambaran negatif terhadap agama islam juga.. menabung london, churp2, komli..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat