Pesawat MAS Ke India Mendarat Cemas DI KLIA
Pesawat MAS Ke India Mendarat Cemas
Kemalangan terbaru pesawat MAS (MH192) yang mendarat cemas di KLIA pagi tadi adalah info serius pilihan Blog Santai yang ingin kita kongsikan dengan semua. Setelah kejadian kehilangan Pesawat MH370, MAS mengalami beberapa kejadian kemalangan yang agak menakutkan. Dalam masa 42 hari ada tiga kejadian besar yang melibatkan pesawat MAS akibat daripada masalah teknikal.
Pesawat MAS Alami Masalah Teknikal
Kejadian pertama yang berlaku pada 23 March melibatkan masalah teknikal pesawat MH066 dari Kuala Lumpur ke
Incheon yang terpaksa dilencongkan ke Hong Kong kerana kegagalan
generator pesawat yang menjana bekalan elektrik. Kejadian kedua pula berlaku apabila pesawat yang dijadualkan berlepas ke London
pada 17 April terpaksa ditangguhkan selama 11 jam akibat masalah teknikal
yang berlaku pada enjin pesawat Boeing 747. Kedua-dua pesawat berjaya membuat pendaratan cemas dengan selamat.
Dan pagi tadi pesawat MH192 ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tayar hadapan pesawat dilaporkan meletup ketika berlepas. Menurut penumpang pesawat tersebut terpaksa berlegar-legar selama empat jam di Perairan Selat Melaka sebelum membuat pendaratan cemas di KLIA.
Tayar Pesawat MH192 Meletup Di Udara
Dan pagi tadi pesawat MH192 ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tayar hadapan pesawat dilaporkan meletup ketika berlepas. Menurut penumpang pesawat tersebut terpaksa berlegar-legar selama empat jam di Perairan Selat Melaka sebelum membuat pendaratan cemas di KLIA.
Pesawat MAS Perlu Tingkatkan Pemeriksaan Keselamatan
Ketiga-tiga kejadian kemalangan di atas adalah berpunca daripada masalah teknikal. Sebagai sebuah Syarikat Penerbangan Nasional Negara, kita mengharapkan pihak MAS mengambil langkah yang lebih serius mengenai tahap keselamatan semua penumpang. Kondisi pesawat perlu disahkan berada didalam keadaan yang benar-benar baik sebelum berlepas. Betul malang tak berbau, tapi boleh dielakkan jika kita melakukan apa yang perlu kita lakukan dengan sebaiknya.
Mas lagi
ReplyDeleteYup MAS lagi Lynn..he..he
DeleteAduhai dik buat kakak takut pulak. Itulah juga yg hati tak senang bila anak-anak buah pulak kerjanya dok naik flight. Takut kan..
ReplyDeleteAkhir bulan ini satu anak buah kakak nak ke London, sorang lagi praktical di China. Kena naik Mas pulak tu..
Doakan semuanya selamat KZ...
Deleteaduhai... takutnya...
ReplyDeleteTulah mama..agak menyeramkan...macam dah jadi trend pulak..
Deletesemuga tak ada lagi kejadian buruk berlaku...
ReplyDeleteDoakan Misred..semoga tak ada bencana lain..
Deletemungkin jangka hayat kapal terbang dah sampai...banyak berlaku kerosakan.
ReplyDeleteMungkin jugak Ema..cuma bila berturut-turut tu agak menyeramkan..
Deletebetol tu patut buat pemeriksaan yang lebih
ReplyDeleteKan Lieya..
Deleteyang peliknya kenapa MAS je... =..="
ReplyDeletesepatutnya perkara macam ni diambil serius oleh MAS dan mereka yang terlibat...kalau kerap terjadi macam ni, pengangkutan udara bukan lagi pengangkutan yang paling selamat untuk kita semua...orang ramai pun jadi takut nak naik..
Betul tu Iqa..kita selalu membayangkan pengangkutan udara paling selamat tapi bila dah jadi macam ni memang menakutkan..
DeleteJanganlah sampai dunia hilang kepercayaan kepada MAS pulak .....harapnya itu adalah kes yg terakhir .....
ReplyDeleteAlhamdulillah tiada kemalangan jiwa direkodkan...sebenarnya susah nak kawal benda2 mcm nie sbb accident happens..sedangkan kereta/motor kita sendiri pun meragam inikan pula kapal terbang..apa-apa pun harap MAS mengambil ikhtibar daripada incident ini...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Takutnyaa.. Nasib baik selamat mendarat..
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya selamat...takut juga dngr semua ini...
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat...
ReplyDeleteErrmmm MAS nie kena bayar zakat lebih2 skit nie... :D
ReplyDeleteDugaan bertimpa-timpa... Hmm... Kan muhasabah diri...
ReplyDeletelepas satu..satu..reputasi MAS makin merudum la lepas ni...
ReplyDeleteDinegara kita, sesuatu kejadian buruk selalunya berlaku berturut-turut dalam jangkamasa terdekat... Hmmm, kebetulan yang sungguh menakjubkan, ketentuan Allah swt.
ReplyDeletemujurlah tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku dan berjaya mendarat dengan selamat
ReplyDeletedigi and digi for you :)
ReplyDeleteNasib baik tiada yg buruk berlaku.. nk naik local flight pun dah risau dah ni..
ReplyDelete3x digi.. :)
Ujian buat MAS.. jika benar ada yg tak kena..siasatlah sampai ke akar umbi...
ReplyDeletealhamdulillah semuanya selamat...
ReplyDeleteAdeh..
ReplyDelete