Posts

Showing posts from October, 2014

Terima Kasih Nuffnang

Image
Terima kasih Nuffnang Alhamdulillah, bulan Oktober adalah bulan paling meriah bagi kebanyakan bloggers yang mendaftar dengan Nuffnang. Masing-masing dihadiahkan dengan pelbagai iklan dari pelbagai penaja. Blog Santai turut menerima tempias. Sehingga 31st October sebanyak 40 iklan telah bersama-sama memeriahkan Blog Santai. Thank you so much Nuffnang dan juga penaja-penaja yang sudi memilih Blog Santai untuk mempromosikan produk masing-masing. Daripada 40 penaja, 12 telah dicreditkan manakala 28 lagi masih berstatus ONGOING. Syukur Alhamdulillah.  Lan Berambeh Yang terbaru singgah di Blog Santai adalah dari DIGI, Lan Berambeh dan juga Mcdonalds. And of course million thanks to you guys juga yang sudi bertandang ke sini. Moga-moga kita semua di kurniakan rezeki yang melimpah ruah... 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Rama...

Minum Susu Sebabkan Kematian Awal?

Image
Minum Susu Sebabkan Kematian Awal?    Minum Susu Sebabkan Kematian Awal? Minum susu boleh sebabkan kematian awal? Biar betul. Yang selalu kita dengar, minum susu boleh menguatkan tulang dan menyihatkan badankan. Hmm..Sebenarnya inilah rumusan terbaru yang dibuat oleh TMJ berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas warga Sweeden. Dalam kajiannnya, TMJ merumuskan bahawa warga Sweden yang minum susu lembu dalam amaun yang tinggi, didapati mati lebih muda. Selain itu, wanita pula didapati mengalami keretakan tulang. Wanita yang meminum tiga atau lebih gelas susu sehari mempunyai risiko kematian 90 peratus lebih tinggi, risiko keretakan tulang pinggul 60 peratus lebih tinggi dan risiko keretakan tulang-tulang lain sebanyak 15 peratus lebih tinggi. Untuk lelaki pula, jumlah kematian pula ialah seramai 207 daripada 1,000 individu untuk yang meminum tiga gelas susu sehari, 189 daripada 1,000 untuk yang meminum secara sederhana, dan 182 daripada 1,000 untuk yang...

Jika Kita Menyukai Seseorang

Image
    Jika Kita Menyukai Seseorang Jika kita MENYUKAI seseorang, Jangan sampai tak nampak lagi keburukannya, DAN Jika kita MARAH seseorang, Jangan sampai tak nampak lagi kebaikannya.. Hava a good Friday everyone!!! 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Segmen Awesome Blogger Bloglist

Image
Segmen Awesome Blogger Bloglist bakal berlangsung dari 24 Oktober 2014 hingga 30 Oktober 2014. Tujuannya untuk mengumpul para blogger untuk disenaraikan dalam bloglist blog ini sambil berblogwalking ke blog para blogger. Semua yang join akan disenaraikan dalam bloglist 'AWESOME BLOGGER'. Syarat-syarat Follow blog Invisible Note Like facebook Invisible Note Buat entri bertajuk Segmen Awesome Blogger Bloglist Copy coding dalam entri INI dan publishkan Copy URL entry dan pastekan di ruangan komen entry INI Siap Tambahan (optional) IM baru buat instagram, kepada yang sudi boleh follow instagram invisiblenote Semua blogger akan disenaraikan dalam bloglist dari bulan November hingga Disember 2014. Senarai peserta segmen juga akan disenaraikan dalam entry selepas tamat tarikh segmen.  1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai...

Awas: 1 Daripada 100 Rakyat Malaysia Hidap Skizofrenia

Image
1 Daripada 100 Rakyat Malaysia Hidap Sizofrenia 1 Daripada 100 Hidap Skizofrenia Minggu lepas kita ada baca satu kenyataan dari Kementerian Kesihatan bahawa 1 daripada 100 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia.  Hmm..biar betul. Memang sangat kronik statistik ni. Meyeramkan... Apa Itu Skizofrenia Skizofrenia adalah merujuk satu penyakit kronik, teruk dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka.  Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka yang menghidap skizofrenia selalunya bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak cakap selama berjam-jam, atau kelihatan baik sehinggalah memperkatakan apa yang mereka fikirkan. Kesan Penyakit Skizofrenia Pada tahap kritikal pesakit yang mengalami...

Rezeki Kita, Pahala Orang

Image
Rezeki Kita, Pahala Orang Kita selalu dengar orang kata, jangan terlalu obses dengan apa yang ada dalam tangan kita kerana ia mungkin bukan rezeki kita. Dan adakalanya kita jangan cepat berputus asa kerana tak dapat apa yang kita inginkan coz rezeki kita mungkin ada ditangan orang lain. Semuanya telah ditentukan Allah. Situasi yang biasa kita alami adalah bila kita makan kat satu kedai, tiba-tiba ada orang tolong bayarkan atau belanja. So rezeki kan. Dan rezeki atau makanan tu kita yang punya, tapi pahalanya milik orang lain, i,e mereka yang membayar.  Rezeki hanya akan jadi milik kita bila rezeki dalam bentuk makanan jadi najis. Namun pahala yang di miliki oleh si pembayar kekal hingga akhirat.  Jadi jangan takut untuk berkongsi rezeki, kerana ganjaran pahalanya besar. Dan yang pasti makin dikongsi rezeki yang kita ada, makin ramai yang ingin berkongsi rezeki dengan kita. 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM1000...

Pageview Blog Santai

Image
Pageview Blog Santai Pageview Blog Santai Semalam masa kita view Blog Santai punya pageview untuk minggu ni, agak terkejut sikit coz tak sangka Blog Santai punya pageview untuk minggu ni kebanyakannya datang dari US. Sebenarnya dah lama tak tengok statistik ni. Dan memang tak sangka taburan pengunjung tu agak jauh berbeza. Kalau dulu pengunjung dari Malaysia yang menjuarai carta dengan jarak yang besar, kali ni dah berubah. Bila tengok monthly punya statistik pun pengunjung dari US menjuarai carta.  Thank you so much everyone . Dan kepada pengunjung-pengunjung dari negara lain seperti France, Indonesia, Canada, Germany, spain, India, Rusia dan juga China, welcome on Board. Dan pastinya kita tak lupa kepada pengunjung dari Malaysia yang sudi singgah kat Blog Santai. Thank you so much guys...I am really appreciate that...Keep supporting Blog Santai k... 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit ...

Kisah Bumi Bergelap Selama 3 Hari

Image
Bumi Akan Bergelap 3 Hari? Bumi Akan Bergelap 3 Hari? Mesti ramai yang tertanya-tanyakan, b etul ke Bumi Akan Bergelap selama 3 Hari  pada 21 hingga 23 Disember tahun ni ?  Yalah berita ni dah jadi viral pun kan since ada yang kaitkan isu ni dengan kejadian kiamat. Mengikut message yang disebarkan, Presiden Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA), Charles Bolden, melalui laman webnya di http://science.nasa.gov  telah mengesahkan perkara tersebut. As usual lah. Kalau dah NASA yang kata mesti ramai yang percayakan. Malangnya, kalau you all log in to NASA punya website, tak ada pun sebarang berita berkenaan isu ni. Hmmm..camne tu? Bumi Akan Bergelap 3 Hari? Namun kalau you all perasan, berita ni juga pernah tersebar pada tahun 2012 yang mana pada ketika itu kecoh mengatakan kiamat akan berlaku pada bulan Disember 2012 .  Macam-macam persediaan telah dilakukan oleh penduduk dunia pada ketika itu.  Antaranya menyediakan  bahtera untuk me...

Renungan Pagi: 1 Dalam 86,000 Saat

Image
1 Dalam 86,000 Saat Renungan pagi untuk peringatan bersama. Allah SWT bagi kita 86,000 saat sehari semalam. Adakah kita menghargainya dengan mengucap syukur kepada Allah? 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Hadiah Istimewa Bulan October

Image
Hadiah Istimewa Bulan October  Untuk semua pembaca  Blog Santai , you all nak hadiah tak? Kalau nak, kita ada berita gembira untuk you all semua. 8Share ada menawarkan hadiah istimewa untuk pemenang-pemenang bertuah bagi bulan Oktober. Cara nak menang senang aje. Sila follow steps kat bawah ni ya:   1. Snap gambar mengenai apa yang you all nak buat dengan duit yang you all menang  2.  Post gambar kat   Instagram atau Twitter   dengan caption yang menarik 3. Tag   #OctoTreats   dalam caption tu dan kongsikan post tersebut.   4.   Masuk kat  Instagram page , dan buat post dengan hastag   #OctoTreats. Pastikan copy  the link k.   5. Masuk kat   Twitter page , buat posting dengan hashtag   #OctoTreats. pastikan c opy the link k.   6. Isikan details  & permalink dalam form ni. Kalau you all belum ada lagi akaun 8Share , boleh daftar di  SINI  y...

Biawak Panggang Cetus Kontroversi

Image
Biawak Panggang Biawak Panggang Cetus Kontroversi Biawak Panggang Cetus Kontroversi. Inilah satu lagi berita panas yang kini tersebar luas di media sosial. Yalah setelah program menyentuh anjing semakin reda, ada pula program baru yang timbul. Program yang menyajikan biawak panggang sebagai "hidangan" itu telah mendapat perhatian ramai termasuk pengunjung yang beragama Islam. Nak test katanya...Hmmm.. Seorang pengunjung beragama Islam yang ditemui di program tersebut mendakwa ada menjamah daging berkenaan bersama beberapa rakannya selepas melihat ia dihidangkan di atas pinggan yang terletak dalam satu ruang pameran di karnival itu.  Daging itu diletakkan dalam pinggan dan saya diberitahu itu daging biawak dan apabila melihat rakan lain menjamahnya, saya turut memberanikan diri mencuba dan mendapati ia sedikit keras dan liat. Kita tak pasti apa tujuan utama program ini diadakan, namun bila baca tajuk berita ni "Sekadar Untuk Hidup" kita boleh aga...

Hutang Dengan Allah

Image
H utang Dengan Allah Hutang Dengan Allah Dalam kehidupan kita seharian, kita memang banyak berhutang. Hutang wajib di tunaikan. Apatah lagi hutang dengan Allah.  Dari Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhumaa :  Datang seseorang pada Nabi saw dan berkata: Wahai Rasulullah (saw), Sungguh ibuku wafat dan ia mempunyai hutang puasa satu bulan, apakah aku membayarnya untuknya?, sabda Rasulullah saw : “Betul, dan Hutang pada Allah (swt) lebih berhak untuk ditunaikan” (Shahih Bukhari) Solat adalah salah satu hutang yang kita perlu bayar jika kita meninggalkannya. Dalam kata jika kita pernah meninggalkan solat, kita wajib untuk mengqadakan semua solat yang pernah kita tinggalkan, sehinggalah kita merasakan solat yang diqadakan itu sudah melebihi bilangan solat yang kita pernah tinggalkan.  Siapa Perlu Mengqadakan Solat Para ulama sepakat bahawa mengqadha' solat itu wajib bagi orang yang lupa atau tertidur, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: "Sebe...

Amaran Puting Beliung Di Lembah Kelang

Image
Amaran Puting Beliung Di Lembah Kelang Ada sesiapa yang terima message berkenaan Fenomena puting beliung  yang dijangka melanda  Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 27 hingga 30 Oktober melalui whazz up atau FB? Pasti ada kan. Kita pun tak pasti dari mana sumber berita ni diperolehi kerana J abatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sudah menafikan ada mengeluarkan kenyataan ini. Menurut mereka kenyataan ini adalah palsu dan meminta mereka yang bertanggungjawab menyebarnya untuk menghentikan perbuatan tersebut. Hmmm...janganlah sebarkan berita yang tak sahih ya..Mana tau kadang-kadang apa yang kita ungkapkan adalah satu doa...Walau apapun hati-hati semua coz setiap petang memang hujan lebat sekarang. Angin pun boleh tahan lajunya.  Moga kita semua dijauhi daripada segala musibah. Aminn... 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pil...

Peraturan Baru Cermin Gelap, No Pendaftaran & Strobe Light

Image
Peraturan Baru Cermin Gelap, No Pendaftaran & Strobe Light Rasanya ramai yang tau bahawa perlaksanaan peraturan baru mengenai penggunaan cermin gelap akan dikuatkuasa mulai 1 Mei 2015. Berdasarkan  peraturan baru, VLT bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus, manakala kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu dan penumpang hadapan pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus. Disamping peraturan baru di atas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga akan melaksanakan Operasi Khas memantau tiga perkara berikut mulai 1 Nov: 1. Penggunaan ‘Strobe Light’,  2. Penggunaan lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon  3. Saiz nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi Peraturan Baru Cermin Gelap (Klik Image Untuk Besarkan) Larangan Penggunaan Strobe Light (Klik Image Untuk Besarkan) Peraturan Baru No Pendaftaran Kereta (Klik Image Untuk Besarkan) Perat...

Amalan Puasa Sunat 10 Muharam

Image
Amalan Puasa 10 Muharam Salam 3 Muharam buat semua pembaca Blog Santai.  Bula n Muharam adalah diantara bulan yang istimewa didalam Islam kerana keberkatan yang ada didalamnya. Banyak amalan sunat yang kita boleh lakukan untuk memuliakan bulan ini.  Salah satu amalan sunat yang disebutkan secara khusus pada bulan Muharram adalah Puasa Sunat Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram. Puasa Asyura’ merupakan kewajiban puasa pertama dalam islam, sebelum Ramadhan. Setelah Allah wajibkan puasa Ramadhan, puasa Asyura’ menjadi puasa sunat.  Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.) Selain daripada puasa hari Asyura (10 Muharam) kita juga sangat dituntut untuk berpuasa pada 9 Muharram, seperti yang telah disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Rasulullah...