Penyokong Mursi berkumpul di sekitar masjid Rabaa Adawiya
Mesir terus bergolak. Serangan terbaru tercetus apabila polis bertindak ganas menembak
puluhan gas pemedih mata terhadap penyokong Presiden Mesir Muhamed Mursi yang sedang kusyuk
menunaikan solat Terawih.
Keganasan turut tercetus apabila kumpulan penentang Mursi digelar
Tamarrud dan Batoji (samseng) turut menyerang penyokong Mursi yang
berkumpul berhampiran kawasan luar dan dalam Masjid Al-Fath, Ramsi.
Difahamkan empat penyokong Mursi maut dan 200 lagi cedera dalam ketegangan terbaru itu. Kebanyakan penyokong Mursi yang menerima rawatan kecemasan didapati mengalami kecederaan serius di kepala akibat dipukul dengan kayu dan belantan selain ditembak peluru hidup serta gas pemedih mata.
Serangan Malam
Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan dari kenderaan perisai polis turut memasuki kawasan Masjid Al-Fath hingga keadaan menjadi kelam-kabut.
Imam masjid Al-Fath, Syeikh Abdul Hafiz Al-Muslimi berkata, gas pemedih mata dilepaskan polis ketika jemaah masjid sedang kusyuk menunaikan solat Tarawih. Menurutnya, wanita dan kanak-kanak yang berada di dalam masjid turut dikepung samseng terbabit yang seolah-olah dilindungi polis.
Kes serangan terbaru itu berlaku dalam tempoh lapan hari selepas serangan ‘Subuh Berdarah’ mengorbankan 84 penyokong Mursi di hadapan bangunan Pengawal Republik akibat ditembak anggota tentera.
1. "Rahsia" KLIA
2. "Rugi" Tak Cuba
3. Hanya Untuk Wanita
4. Tawaran Hebat 2013
5. Siapa Cepat Dia Dapat
6. Jangan Lepaskan Peluang Ni
7. Apa yang "Istimewa" di sini
Extrat From : Metro Online
Sedihnya, Ramadhan yg mulia di cemari...Ya Allah, peliharalah mereka yg benar, mereka yg ingin menegakkan agamaMu Ya Allah.
ReplyDeletekesian kat diorang nie..kenapalah boleh jado macam tu..itu semua allah merancang..Mungkin ada hikmah yang akan diberi selepas ni..wallahualam..
ReplyDeletebersyukur lah kita dpt melaksankan terawih tnpa ada gangguan.. cuma gangguan dri syaitan dll..
ReplyDeletesmga mereka tabah!
eyyyy org sibuk solat, mereka dok serang..
ReplyDeleteya Allah sgt2 sedihlah dgn keadaan ini !
ReplyDeleteTak tau nk komen apa.... Timur tengah ni tak pernah sunyi dpd kekecohan
ReplyDelete
ReplyDeleteشركات نقل وتنظيف
شركات نقل عفش بالطائف
شركات نقل عفش بالمدينة المنورة
شركات نقل عفش بمكة
شركات نقل عفش
شركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة
شركات تنظيف بمكة
شركة مكافحة حشرات