Serangan Terawih

 Huge gathering: Supporters of ousted President Mohamed Morsi gather as they protest near Rabaa Adawiya Mosque in Cairo last night 
 Penyokong Mursi berkumpul di sekitar masjid Rabaa Adawiya

Mesir terus bergolak. Serangan terbaru tercetus apabila polis bertindak ganas menembak puluhan gas pemedih mata terhadap penyokong Presiden Mesir Muhamed Mursi yang sedang kusyuk menunaikan solat Terawih.

Keganasan turut tercetus apabila kumpulan penentang Mursi digelar Tamarrud dan Batoji (samseng) turut menyerang penyokong Mursi yang berkumpul berhampiran kawasan luar dan dalam Masjid Al-Fath, Ramsi.

Difahamkan empat penyokong Mursi maut dan 200 lagi cedera dalam ketegangan terbaru itu. Kebanyakan penyokong Mursi yang menerima rawatan kecemasan didapati mengalami kecederaan serius di kepala akibat dipukul dengan kayu dan belantan selain ditembak peluru hidup serta gas pemedih mata.

 Battle: Supporters of deposed Egyptian President Mohamed Morsi run from tear gas fired by riot police during clashes at Ramses Square in Cairo last night 
Serangan Malam

Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan dari kenderaan perisai polis turut memasuki kawasan Masjid Al-Fath hingga keadaan menjadi kelam-kabut.

Imam masjid Al-Fath, Syeikh Abdul Hafiz Al-Muslimi berkata, gas pemedih mata dilepaskan polis ketika jemaah masjid sedang kusyuk menunaikan solat Tarawih. Menurutnya, wanita dan kanak-kanak yang berada di dalam masjid turut dikepung samseng terbabit yang seolah-olah dilindungi polis.

Kes serangan terbaru itu berlaku dalam tempoh lapan hari selepas serangan ‘Subuh Berdarah’ mengorbankan 84 penyokong Mursi di hadapan bangunan Pengawal Republik akibat ditembak anggota tentera.


1. "Rahsia" KLIA 
2. "Rugi" Tak Cuba    
3. Hanya Untuk Wanita 
4. Tawaran Hebat 2013 
5. Siapa Cepat Dia Dapat 
6. Jangan Lepaskan Peluang Ni       
7. Apa yang "Istimewa" di sini

Extrat From : Metro Online

Comments

  1. Sedihnya, Ramadhan yg mulia di cemari...Ya Allah, peliharalah mereka yg benar, mereka yg ingin menegakkan agamaMu Ya Allah.

    ReplyDelete
  2. kesian kat diorang nie..kenapalah boleh jado macam tu..itu semua allah merancang..Mungkin ada hikmah yang akan diberi selepas ni..wallahualam..

    ReplyDelete
  3. bersyukur lah kita dpt melaksankan terawih tnpa ada gangguan.. cuma gangguan dri syaitan dll..

    smga mereka tabah!

    ReplyDelete
  4. eyyyy org sibuk solat, mereka dok serang..

    ReplyDelete
  5. ya Allah sgt2 sedihlah dgn keadaan ini !

    ReplyDelete
  6. Tak tau nk komen apa.... Timur tengah ni tak pernah sunyi dpd kekecohan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat